Home Uncategorized “Tak Baik Faceshaming. Kau Cantik Sangat Ke. Muka Pun Macam Siku Je..”...

“Tak Baik Faceshaming. Kau Cantik Sangat Ke. Muka Pun Macam Siku Je..” – Che Ta

178
0

Pelakon Rozita Che Wan bengang rakan aktresnya Fathia Latiff kena face shaming oleh netizen selepas menghadiri majlis rumah terbukanya baru-baru ini.

 

IMG 5787

Che Ta berkata dia tidak menyangka ada netizen yang sampai hati meninggalkan komen menghina fizikal Fathia.

“Saya terkejut apabila gambar kami bersama menjadi kecaman netizen. Tak baiklah, jangan face shaming,” katanya.

Che Ta berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran produk dan sambutan ulang tahun ke-5 AG Leanz yang diadakan di Shah Alam pada Ahad.

Dalam pada itu, Che Ta juga berkata kalau boleh dia mahu bertemu dengan individu-individu yang meninggalkan komen menghina penampilan rakannya itu.

IMG 5790

“Saya teringin nak tengok muka orang yang selalu mengata tu. Kau cantik macam mana? Lawa macam Fathia tak? Kadang-kadang yang mengata tu pun tak pernah tengok cermin. Muka kau pun macam siku saja,” katanya.

“Saya simpati apabila melihat dia sering menerima kecaman ramai. Kita tak tahu apa yang dia lalui. Kita tidak tahu apa yang membuatkan dia jadi seperti itu.

“Mungkin kerana kekecewaan atau tidak mempunyai sokongan. Bukan dia sahaja, saya rasa kalau orang lain berada di tempat dia pun, kita akan mengalami nasib yang sama.

“Siapa pun kawan saya, saya okay sahaja. Kalau mereka berada dalam keadaan tidak stabil atau ada masalah, kita kena sentiasa menyokong dan bersama dia,” luahnya

“Dulu kami pernah berlakon bersama. Sebenarnya Fathia ni sangat manja tetapi saya tidak sempat bersembang dengan dia. Saya tidak tahu apa yang dia lalui. Saya berpesan kepada Fathia untuk jaga diri,” katanya.

Previous articleGeng Kelab H Healing Sakan, Memasak Di Stesen Minyak
Next article“Mungkin AA Rindu Sangat Dengan Arwah…” – Diva AA Jemput ‘Arwah’ Ahli Keluarga Makan, Mengejutkan Ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here