Terdahulu ramai yang tertanya-tanya siapa gerangan wanita cantik yang membahasakan dirinya sebagai kakak kepada anak penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah.
Mempunyai rupa paras yang cantik dan keperibadian yang lembut membuatkan Siti Aafiyah menjadi sangat manja dengan pengasuh tersebut.
Baru-baru ini pasangan ini sempat mengadakan majlis kesyukuran dan juga majlis persandingan dek kerana tertangguh dengan pelaksanaan PKP.
Menerusi satu perkongsian di IG Story, wanita berusia 26 tahun tersebut telahpun selamat melahirkan cahaya mata sulungnya namun tidak dided4hkan jantina.
View this post on Instagram
“ALHAMDULILLAH TERIMA KASIH YA ALLAH”
“2:41 AM 7/2/2022”
Terdahulu, Dayah dikatakan terpaksa dikejarkan ke bahagian emergency akibat tersungkur selepas menaiki motorbike. Walaubagaimanapun,keadaan bayi yang dikandung dalam keadaan selamat serta aktif.
Rata-rata netizen begitu teruja dan menzahirkan ucapan tahniah diatas kelahiran anak sulungnya itu.
KOMEN NETIZEN:
Dayah sebelum ini menjadi perhatian peminat bintang berkenaan kerana dia antara individu kepercayaan dalam mengasuh anak sulung Siti dan suaminya, Datuk Khalid seawal kelahiran Aafiyah.
Bagaimanapun, selepas mendirikan rumah tangga, Dayah tidak lagi menjadi pengasuh kerana tinggal bersama dengan suaminya, Mohammad Ridzuan Razali di Terengganu yang merupakan pemain sayap pasukan bola sepak Terengganu FC II.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : IG are9ridzuan