Syafiq Yusof, adik kepada pengarah sensasi Syamsul Yusof mendedahkan yang dia masih belum bertemu dengan isteri baru abangnya, Ira KAzar. Syafiq berkata yang dia juga tidak pasti jika kedua ibu bapanya sudah bertemu atau belum dengan Ira.
Syafiq perjelaskan bahawa sebenarnya kalau boleh, hal yang melibatkan keluarga biarlah kekal sebagai hal peribadi keluarga. Namun dia faham yang mereka datang daripada keluarga seni, jadi mereka terpaksa terima apabila menjadi perhatian.
Tambahnya lagi, dia berharap semua dapat berfikir yang tidak semua perkara dalam internet itu benar. Ada yang bercampur dan kebanyakannya juga mungkin fitnah.
Syafiq juga berkata yang dia tidak mahu masuk campur dalam urusan rumah tangga abangnya kerana mereka tidak duduk serumah dan jarang berjumpa. Kali terakhir mereka berjumpa adalah pada hari raya tahun lepas kerana masing-masing sibuk. Tambahan pula, mereka lebih banyak berbual tentang hal kerja dan projek baharu.
Pergolakan rumah tangga Syamsul Yusof dan Puteri Sarah amat panas sejak dua menjak ini. Kita sebagai orang luar lebih baik berdiam diri dan tidak memberikan apa-apa komen. Lebih baik kita doakan yang terbaik untuk mereka. Jangan lupa komen yang baik-baik yaa..
Sumber Facebook