Menerusi satu perkongsian yang dikongsikan berkenaan temu bual dengan seorang wanita yang cukup kuat dan berani iaitu Sera yang dijemput sebagai tetamu di rancangan Meletop mendapat perhatian ramai. Beliau merupakan isteri kepada Shuk Sahar dan kini peristiwa hitam menimpa ke atas diri beliau apabila beliau dicurangi oleh Shuk sendiri dan menjadi kontroversi ramai. Dulu, beliau pernah memaafkan suami beliau dan meneruskan hubungan suami isteri namun pada kali ini, Shuk sekali lagi mensia siakan peluang yang diberikan dengan mencurangi isteri beliau yang begitu anggun.
Dalam temu bual tersebut, dapat dilihat bahawa Sera merupakan wanita yang masih menyintai suami dengan tulus walalupun beliau tahu akan kelakuan suaminya yang tidak dapat membezakan antara kaca dan permata. Percubaan beliau dalam menahan air mata tidak berhasil apabila beliau menyatakan satu kenyataan yang begitu menyentuh hati dengan menyatakan bahawa beliau tidak mampu untuk membahagiakan suaminya dan ketika itu air mata seorang isteri mengalir dan ini membuatkan rancangan tersebut menjadi sedih dan pilu.
Rakaman penuh boleh ditonton di :
View this post on Instagram
Pelbagai komen diberikan seperti :
@Ramalanku Benar Belaka:shuk dilimpahkan rezeki kerana isteri.. silap laa x menggunakan rezeki itu dgn sebaik mungkin.. tggu la zaman kejatuhan yg menimpa
@sewadressmurah:dia tak salahkan sesape tapi dia salahkan diri dia. Ya allah
@nur hamidah:The way dia tahan nangis sampai gosok2 tangan level paling sakit
@Rozie Kerri Kerri:Dia tersalah pilih suami…..allah akan ganti yg terbaik insyallah..
@keriangan tunggal:Sera ni betul2 cintakn shuk…xmau nk ckp lebih.takut.tp segala nya ttg takdir hdp Kita adalah ketentuan Allah SWT.hanya Allah mengetahui.
@ALEEYA AYYUB:ape lah yg ade pd shuk tu..Smpai sggup curang.isteri punyelah cantik..
@syhrh_ira:Bila hati terlalu sakit. X perlu di ungkap kn lagi. Cukup dgn air mata..memberi seribu makna
@Enaz Naim:sakitnya.. bila dia rasa slh dia xley bahagian kn syuk… urmm hakikatnya syuk yg xbersyukur dpt wife sebaik sera.
@ITA:x pe sera Allah pn dh bgi cash pd shuk pe yg d tlh lakukan pd ank isteri insyaAllah prncangan Allah lbh bk bt kmu slps ni
@inchan:semua tjadi ada hikmahnya..fikir baik2 sjam.kita boleh tgk aliff aziz.akhir kita x tau mcm mna.doa baik2 sja
@UMMUL SURIA:jujur saya cakap bekas isteri shuk nii lawa..kalau ada jodoh pilihan ALLAH taa’la untuk awk kahwin lah Innshaa’ALLAH Aamiin ya ALLAH
@azmxa:isteri yg terpaling kuat n cantik n baikkkkkkk.. tahniah kak moga allah angkt drjatmy sebagai seorng isteri n ibu yg pnyabarr
Uyaina dan Nabil selaku hos pada ketika itu turut terkejut dan terdiam setelah mendengar kenyataan tersebut dari Sera. Uyaina yang kini hamil dan berasa emosi terus memeluk Sera untuk memberi sedikit kekuatan kepada Sera untuk bertenang dan menjadi lebih kuat di waktu yang akan datang. Apa apa pun semoga isu tersebut dapat diselesaikan dengan cara yang baik dan tiada pertelingkahan berlaku utnuk kesejahteraan bersama.
Jangan lupa komen yang baik baik
Sumber dari Tiktok dan Instagram