Menerusi satu temu bual bersama Johan baru baru ini berkenaan status hubungan beliau bersama rakan artis beliau iaitu Zizan Razak mendapat perhatian ramai apabila kenyataan beliau yang dinyatakan penuh dengan isi yang tersurat dan tersirat. Semakin mereka berusia dalam industri seni, mereka sudah nampak kelebihan yang ada pada diri mereka sehingga sudah begitu selesa dengan pekerjaan mereka kini. Johan yang kini hanya menumpukan perhatian beliau kepada penyiaran radio mendapat sokongan penuh dari para peminat dan Zizan Razak yang begitu rancak dalam menjadi seorang pelakon aksi yang berbakat.
Dalam klip tersebut, Johan berseloroh dengan sidang media dengan menyatakan kehidupan beliau dan Zizan berbeza kerana adalah disebabkan mereka sedang bergaduh. Kini, beliau dan Zizan bersama sama bergabung tenaga dalam menghasilkan sebuah filem yang bakal digemari ramai iaitu Abang long Fadil 3 yang akan ditayangkan di pawagam. Gabungan mereka membuatkan para peminat Jozan tidak sabar untuk menonton filem tersebut kerana keserasian antara Zizan dan Johan sememangnya sudah menjadi kegemaran para peminat sejak awal lagi.
Rakaman penuh boleh ditonton di :
View this post on Instagram
Pelbagai reaksi diberikan setelah mendengar temu bual bersama Johan di laman Tiktok. Bagi beliau ,rezeki yang diberikan adalah berbeza dan tidak seharusnya dibandingkan malah harus mensyukuri dengan apa yang diterima. Johan juga menjelaskan jika beliau masih berkarya selain penyiaran radio, ini adalah tawaran yang diterima dan beliau merasakan hal tersbut berbaloi untuk beliau teruskan. Apa apa pun para peminat mendoakan yang terbaik buat Jozan semoga dapat terus mengeratkan hubungan persahabatan hingga ke akhir hayat.
Jangan lupa komen yang baik baik
Sumber dari Tiktok dan Instagram