Home Hiburan “Sunroof Je Dah 8K..”- Ameng Spring Lelong Kancil 30K, Ramai Terkejut Harga...

“Sunroof Je Dah 8K..”- Ameng Spring Lelong Kancil 30K, Ramai Terkejut Harga Tak Masuk Akal

297
0

Menerusi satu perkongsian yang dikongsi oleh salah seorang penyanyi iaitu Ameng Spring yang baru baru ini dikatakan ingin menjual sebuah kereta kancil milik beliau dengan harga yang tidak masuk akal. Hal ini kerana beliau sudah pun mengubah suai kereta tersebut dan menjual dengan harga yang begitu murah untuk mereka yang sememangnya pecinta kereta lama. Perkongsian yang dikongsi itu meraih lebih sejuta tontonan dia aplikasi Tiktok dan sehingga kini masih belum ada pembeli untuk membeli kereta yang dilelong oleh beliau sendiri. Kereta tersebut dikatakan memberi 1001 kenangan kepada beliau kerana kereta tersebutlah yang sentiasa menemani beliau suatu ketika dahulu dan kini beliau sanggup menjual kereta tersebut dengan harga yang begitu lumayan.

Ameng yang sememangnya seorang yang begitu sentimental dan masih menghargai semua barangan lama milik beliau membuatkan paraa peminat beliau terkejut apabila beliau berkongsikan berita ingin menjual kereta kancil yang telah diubahsuai itu. Kereta yang beliau cuab lelong tersebut dikatakan terlalu murah kerana pengubahsuaian kereta tersebut melebihi harga yang beliau ingin jualkan. Stereng kereta kancil tersebut ditukarkan kepada jenis ‘Daihatsu Tanto’ yang dikatakan harga yang cukup lumayan dan sunroof yang dipasang pada kereta itu ternyata berharga RM 8K. Niat beliau untuk menual kereta tersebut masih belum dijelaskan namun beliau teguh dengan pendirian diri untuk melelong kereta tersebut kepada pembeli yang bertuah.

Rakaman penuh boleh ditonton di:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DaebaKing (@daebakingz)


Pelbagai komen dan reakasi diberikan seperti :

@VCM丨Qall:Bang tolong pin..saya nk kereta ni..35k

@Haikal Joe:Ni klu org ckp mahal lagi tkthu la

@Kids:Sunroof je dah 5k stering dah 1.5k speaker satellite je dah berapa k. Belum tgk engine lagi tu fuh

@shahrulfahmi888:harga sunroof je pn boleh beli kete

@0%:ingat orang main kereta lama tak berduit ke mantapp

@Zack Ktn:otai je panda tengok barang ..kene doh tu ngn harga .fuhh minat

@jord88:fuhhh jatuh hati betul aku dgn kancil smart ni

@kecik:g tnye hrga stereng dia kt seller.. hahahaha murh hrga dia nk jual krete tu..

@zawawiebinmamat:bagi org kaya yg berminat munkin beli. bagi org yg biasa² baik beli saga baru

@Mizee Hj Khalid:nilai sentimental tu yg mahal.walaupun is sebuah kancil

@CEO%JeNtErA%PeJuAnG*:30k beli jelah kereta besar sikit. Yg muda nk seronok2 boleh la

@ImanAqeel@1609:murah bang 1st model full upgrade..untung sapa beli wei..market ni boleh gi 45k full upgrade ..

@BeeRungus:betul ke jual 30k..lumayan ni…kalau ada lebih duit..da lock…..saya la abang ameng jual…nti tlg updatte siapa beli ya..bruntung org tu

Walaupun harga yang dilelong itu dikatakan tidak masuk dek akal, namun ramai cuba untuk meminang kereta tersebut tapi masih belum ada hasil yang kukuh. Pengubahsuaian Ameng pada kereta tersebut sungguh menakjubkan sehingga para pencinta kereta lama turut terkedu kerana kelihatan begitu canggih sekali. Semoga Ameng Spring dapat menemui pembeli yang bertuah.

Jangan lupa komen yang baik baik

Sumber dari Tiktok dan Instagram

Previous article“Yang Penting Duit..”- Terlalu Geram Diherdik Depan Org Ramai, Pecah Tembelang Bomohkan Keluarga Sendiri
Next article“Sumpah Kena Tengok..”- Filem ‘Mat Kilau’ Ditunggu Ramai, Mampu Hapuskan Lelaki ‘Gelek’ di Tiktok
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here