Isteri kepada penyanyi Aliff Aziz, pelakon Bella Astillah meluahkan rasa syukur dan kagum dengan semangat yang ditonjolkan suaminya menerusi Gegar Vaganza musim kelapan (GV8).
Bella atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah memberitahu, penyanyi yang sinonim dengan lagu Sayang-Sayang itu sangat tekun dan kerap berlatih demi memperbaiki mutu persembahan.
Dalam konsert minggu ketiga GV8 yang bersiaran langsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Aliff berjaya mempersembahkan lagu Kasihnya Laila dengan baik meski ia bukan genre penyanyi berkenaan.
“Alhamdulillah, youre amazing love @iamaliffaziz P/s: Aliff punya passion dalam nyanyian mmg besar! Eventho at first actually dia risau juga coz rock bukan genre dia.
“Tapi Aliff sangat rajin practice and selalu belajar bersungguh-sungguh untuk sentiasa perbaiki mana-mana yang kurang (walaupun kuat bebel),” tulis Bella dalam satu perkongsian di Instagram, malam tadi.
View this post on Instagram
Dalam saingan konsert minggu ketiga semalam, Aliff menduduki tangga kedua dalam senarai markah di belakang Nikki Pakilat dengan 83.90 peratus.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Bella Astillah
Sumber: MH