Home Hiburan Suhaimi Saad Minta Kahwin Lagi, Sekali Ini Permintaan Ina

Suhaimi Saad Minta Kahwin Lagi, Sekali Ini Permintaan Ina

406
0

Disebbakan kontroversi kahwin dua dan curang dalam kalangan selebriti telah menjadi perbualan, penyanyi nasyid, Suhaimi Saad dilihat turut berseloroh kepada isterinya, Ina Naim dengan meminta izin berkahwin lagi satu.

Nak minta izin nikah lagi pulak

Menerusi video di TikTok miliknya, Suhaimi telah bertanya kepada Ina sama ada boleh atau tidak jika dia ingin bernikah satu lagi.

Terus senyap tak berbunyi

Namun, belum sempat dia menghabiskan pertanyaan tersebut, Ina Naim telah memotong percakapannya dengan menyuruh suaminya membeli mesin basuh dahulu sebelum ‘berangan’ untuk menambah ‘cawangan’.

Dalam video selanjutnya, Suhaimi dilihat seolah-olah mengalah dan mengatakan yang akan membeli mesin basuh namun disambut dengan seloroh isterinya yang meminta dua buah peralatan elektrik tersebut.

Sekali kena terus senyap

Perkongsian tersebut telah mendapat komen yang pelbagai daripada netizen. Kebanyakkan mereka terhibur dengan gurauan penyanyi nasyid yang terkenal dengan keyakinan bahawa ‘bumi berbentuk rata’ itu bersama isterinya.

Sebelum ini, Suhaimi ada bergurau hal sama iaitu berkenaan kahwin dua ketika isu pengarah tersohor menikah lagi menjadi perbahasan di media sosial.

Terdahulu, penyanyi nasyid itu pernah menyatakan hidup secara ‘zuhud’ dengan tidak menyediakan peralatan asas seperti mesin basuh serta peti ais di rumahnya.

Walau bagaimanapun, dia menafikan tuduhan ‘mendera’ isteri membasuh baju menggunakan tangan kerana mereka memilih untuk menggunakan perkhidmatan dobi 24 jam.

Klip video tersebut mendapat sambutan hangat dan mempunyai sebanyak 300K tontonan, 4K sukaan dan 800 komen. Jangan lupa komen yang baik-baik.

Lihat klip video di bawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @cepatberita

Lihat apa kata orang ramai:

@ifah zainuddin: “Beli mesin basuh dulu”

@Kak Mar Motors Takaful: Beli la mesin basuh..sian ina basuh pakai tangan..

@Nuunaofficial: Muka tu mcm tgh ckp tiba2 kena tampar

@Adda0336: smpan niat di hati dlu lh tunai pemintaan isteri mesin basuh skli dgn dry ye..senang bini dlu ye …

@mynmsnrkml: Risau esok lusa mesin basuh sampai. Tak ke menyesal ina nanti…

@Queen Sakura: ada hati nk nikah erk beli mesen basuh dulu

@Eina Eryna: saya pun xde Mesen basuh peti air tv meja mkn..dulu pernah beli peti pstu jual sbb pindah umh..skg semua xdak.. bersyukur dengan apa yang ada..

Sumber: Tiktok

Previous articlePadah Buat ‘Projek’ Dalam Kereta, Teman Wanita Keluar Kereta Dalam Keadaan Bogel Selepas Kemalangan
Next article“Allahuakbar Kejam..” – Puteri Sarah Tegur Poligami Tapi Tak Tanggungjawab

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here