Home Isu Semasa Sudah Berkahwin 8 Tahun Dengan Isteri Kedua, sekali Bekas Isteri ND Lala...

Sudah Berkahwin 8 Tahun Dengan Isteri Kedua, sekali Bekas Isteri ND Lala Dedah Hal Sebenar

391
0

Bekas isteri kepada Datuk ND Lala iaitu Fauziah Sarman mendedahkan penyanyi itu mula mengabaikan tanggungjawab sebagai suami selepas dia bernikah seorang lagi dengan wanita bernama Siti Munirah.

Memetik Harian Metro, Fauziah berkata, ND Lala atau nama sebenarnya Amir Amzah Salleh juga seolah sudah membuang dirinya dan anak-anak.

Dia memang fokus pada wanita itu dan bahasa kasarnya memang dia buang anak isterinya begitu sahaja. Dia memang buang kami.

Sebab dia kahwin lain, jadi seorang rakannya kata dia takkan ceraikan saya. Tapi kalau saya minta cerai, dia akan ceraikan, mungkin.

Tapi dia pernah kata dengan rakan itu, walau apapun dia takkan ceraikan saya.

Menurut Fauziah lagi, dia dan penyanyi itu juga pernah bergaduh besar pada April lalu.

Mengejutkan lagi apabila Fauziah mendakwa ND Lala dan Siti Munirah sudah bernikah sejak lapan tahun yang lalu.

Kami bergaduh besar 1 April lalu dan abang ND entah macam mana buat pengakuan memang dah kahwin dengan Siti Munirah pada Disember lalu.

Dia tipu saya kata bulan Disember. Mungkin dia daftarkan bulan 12 tapi menurut sumber, dia dah kahwin lama iaitu dah lapan tahun.

Katanya bapa perempuan ini menikahkan mereka. Tapi saya semak di pejabat Wilayah dan Selangor tiada pun pendaftaran perkahwinan dibuat.

Terdahulu, Fauziah menerusi hantaran di Instagram mengesahkan sudah bercerai dengan suaminya yang juga pelakon dan penyanyi era 1980-an, Datuk ND Lala.

Menerusi perkongsian tersebut, Fauziah memberitahu, lafaz cerai dilakukan suaminya pada 2 Ogos lalu di sebuah masjid, namun hanya dimaklumkan mengenainya menerusi aplikasi WhatsApp, pada 8 Ogos lalu.

Sebelum ini, ND Lala dikaitkan dengan dakwaan berkahwin baharu dengan wanita bernama Siti Munirah.

Difahamkan, Siti Munirah bukanlah asing dengan keluarga Fauziah dan ND Lala kerana dia adalah rakan sekolah kepada anak mereka iaitu Shila Amzah.

Untuk rekod, ND Lala dan Fauziah mendirikan rumah tangga pada 1989 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata, Nurshahila atau Shila, 33, Amir Syafiq, 30, Amir Syahir, 28, dan Nur Syuhada, 25.

Lihat posting di bawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fauziah Sarman (@mamazie68)

Sumber: Harian Metro

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

[redirect url=’https://shope.ee/B03ZpiRcm’ sec=’5′]

Previous articleTerbongkar Zaman Gelap Suami Ain Edruce, Ramai Hairan Dengan Beliau
Next articleTular Isu Kereta Kena Tarik, Sekali Fauzi Nawawi Buka Mulut

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here