Home Isu Semasa Sophia AlBarakbah dikaitkan sebagai penyondol, Sekali Pengarah Cerita Hal Percintaan Mereka

Sophia AlBarakbah dikaitkan sebagai penyondol, Sekali Pengarah Cerita Hal Percintaan Mereka

264
0

Osman Ali, pengarah filem memaklumkan bahawa beliau tidak mengetahui sekiranya wujud hubungan antara Sophia AlBarakbah dan Aliff Aziz dalam menjayakan drama arahannya yang bertajuk Ku Akad Kau Dengan Bismillah.

Menurut laporan Kosmo! Online, beliau berkata kedua-duanya hanya melakonkan watak secara profesional sebagai pasangan kekasih.

Saya tidak mahu campur urusan peribadi mereka. Tapi setahu saya, kedua-duanya tidak ada apa-apa hubungan. Apa yang saya lihat, baik Sophia mahupun Aliff, mereka bekerja secara profesional ketika berada di set penggambaran,” Kata Osman.

Beliau juga berkata, dia mengetahui tentang pendedahan isteri kepada Aliff iaitu Bella Astillah berhubung sseorang aktres yang ‘tersuka’ aktor tersebut tetapi tidak mahu membuat sebarang tuduhan.

Saya tidak tahu pelakon yang Bella maksudkan itu siapa. Saya tidak mahu menuduh sembarangan, takut jadi fitnah nanti,” Katanya.

Beliau juga bercerita lanjut mengenai kemesraan antara Sophia dan Aliff hanya atas dasar kerja demi membawa watak masing-masing.

Saya tidak nampak ada masalah antara mereka berdua, mereka cuma berlakon sahaja dan perlu menyukai sesama sendiri. Kalau berlakon bercinta, kena betul-betul bercinta. Tapi perasaan suka itu tidak perlu dibawa sehingga keluar set penggambaran. Hanya dalam watak sahaja,” Katanya lagi.

Disebabkan perkara itu, Osman berasa agak hairan dengan tuduhan dihadapi Sophia selain menolak dakwaan bahawa kontroversi berkenaan adalah publisiti drama.

Jadi tidak adil bagi mereka kerana masing-masing sedang bekerja. Mereka suka hanya dalam lakonan sahaja. Saya tidak nampak antara Sophia dan juga Aliff, mereka ada hubungan peribadi. Memang tidak ada, jadi saya harap cerita ini dihentikan,” Tambahnya lagi.

Jangan lupa komen yang baik-baik.

Lihat posting di bawah:

Sumber: Instagram

Previous article“Jarang Orang Bangladesh Boleh Nyanyi Lagu Melayu, Siap Ada Lenggok Lagi Tu..” – Netizen
Next article“Alhamdulillah Member Selamat,Hampir Dinodai Wanita Jadian”- Cust Scam Jantina

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here