Home Hiburan “Sluruh keluarga rsa kehil4ngan..” Kucing kesayangan hilang. Skali Ini Tawaran Mngejut Rosyam...

“Sluruh keluarga rsa kehil4ngan..” Kucing kesayangan hilang. Skali Ini Tawaran Mngejut Rosyam Nor Klau Jumpa ‘Midnight’

103
0

Ganjaran Rm1,000 untuk sesiapa yang menemui kucing kesayangan Rosyam Nor.

PELAKON terkenal Datuk Rosyam Nor menawarkan ganjaran sebanyak RM1,000 kepada sesiapa yang menjumpai kucing kesayangannya yang hilang sejak 2 Mac lalu.

Rosyam Nor atau nama sebenarnya Mohamed Noor Shamsuddin, 55, menerusi Instastory turut memuat naik foto kucingnya yang diberi nama Midnight.

Menerusi perkongsian itu, Rosyam juga menyenaraikan ciri-ciri kucing perliharaannya yang dilihat kali terakhir di Seksyen 11, Kota Damansara.

Jadi, saya harap sesiapa yang jumpa kucing saya, boleh DM saya.

ROSYAM NOR

PELAKON

“Kucing hilang. Ganjaran: RM1,000. ‘Midnight’. Kali terakhir dilihat pada 2 Mac 2022 di Seksyen 11, Kota Damansara.

“Jantan, kacukan breed, hitam kepe.tangan, mata hijau, ekor panjang, berisi, tiada ko.lar, tiada jalur, sangat manja dengan orang,” tulisnya.

Menurut pelakon filem KL Gangster ini, seluruh keluarga berasa kehilangan dan berharap sesiapa yang menjumpai kucing itu akan memulangkannya semula.

Rosyam mengakui dia berasa bim.bang sekiranya ada individu yang mengambil kucingnya secara tidak sengaja meman.dangkan ia mudah mesra dengan orang lain.

Rosyam 1

Rosyam bimbang individu terambil kucingnya yang mudah manja dengan orang.

“Dah beberapa hari kucing saya namanya Midnight, tak balik-balik. Saya bela kucing ini daripada ibunya dan usia dia dah lebih lima tahun.

“Jadi, saya harap sesiapa yang jumpa kucing saya, boleh DM saya. Sebab saya dah rindu pada dia. Saya cari dia… seluruh keluarga rasa kehilan.gan.nya.

“Adik dia ada, tapi dia tak ada. Badan dia besar, manja dengan semua orang. Sesiapa terjumpa, minta tolong beritahu.

“Sesiapa terambil, sebab dia cantik dan besar, minta dipulangkan semula… tolong,” kata Rosyam Nor.

Sumber: mStar

Previous article“Rezeki yang tak disangka..” (Video) Umie Aida Terkedu Dapat Jumpa Habib Umar Depan Mata
Next article[VIDEO] Tak henti menangis dlm dewan, kekasih Tangmo tiba2 lari keluar buat rakan artis panik, sama2 kejar
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here