Penampilan pengacara dan pelakon Uyaina Arshad menjadi tumpuan wargamaya malam tadi ketika dia menjadi hos program MeleTOP bersama Nabil Ahmad.
View this post on Instagram
Skirt ‘swan’ jarang
Uyaina, 29, memilih untuk menggayakan baju berwarna putih bersama skirt kembang biru daripada koleksi pereka fesyen, Ghaania.
Biarpun nampak cantik dan ‘anggun’ dengan koleksi Swan in Fantasy, Uyaina menerima komen daripada segelintir pengguna media sosial apabila mereka mendakwa nampak bentuk kaki pemilik nama Shaidatul Naseha Uyaina Arshad.
Harus diberi pujian kerana warganet tidak terus meng4cam atau mengeluarkan kata-kata kes4t tetapi memilih menegur dengan cara baik.
@nrna.zmeea: Awak saya nak tegur. Kaki awak nampak sangat dekat MeleTOP.
@ytiezaid: Maaf tapi tadi masa live Mele TOP nampak separuh kaki atau pakai stokin atau legging warna kulit?
Pakai stokin di dalam
Tidak ingin berlanjutan, pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa tampil memberi jawapan menerusi salah satu komen yang diterima.
Kata kekasih kepada penyanyi, Raja Syahiran, dia mengenakan stokin berwarna ‘skin’ atau kulit ketika program siaran langsung itu.
Sumber: Instagram @meletop, @uyainaarshad via ohbulan