Ibi-ibu zaman moden dah lebih berfikiran terbuka.
Buktinya macam Sharifah Zarina yang dipuji sporting kerana menemani anak gadisnya pergi keluar dating dengan teman lelaki.
Menerusi video Tiktok yang dimuat naik di akaunnya, penyanyi ini dilihat berada di meja sebelah dengan pasangan itu di dalam sebuah restoran.
“Mak bapak dating X , Teman anak dating ✓” tulisnya.
Di ruangan komen ramai yang puji dengan tindakan Zarina yang sangat supportive dan tidak membiarkan anaknya keluar sewenang-wenangnya.
Antara komen:
“Bestnyaa supportive parents.”
“Hahaha Kalau saya pun akan buat macamtu.”
“Bapa mama sporting.”
“Strict parents can’t relate”
“It’s cool i guess. Supportive and at the same time, a close watch too. Kinda reminds me i got 15 years old baby girl. risau la pulak.”
View this post on Instagram
Sebagai info, anaknya perempuannya, Athalia Deena Buswani yang ketika itu masih bawah umur pernah terpalit kontroversi dengan kisah percintaanya dengan Alvin Chong.
Sumber: CARI