Kisah rumah tangga pelakon, Nynaa Harizal dan suaminya, Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas telah sampai ke pengakhiran yang positif apabila kedua-dua mereka bersepakat untuk berbaik semula.
Menurut peguam yang mewakili Fahmi, Datuk Zainul Rijal, hubungan rumah tangga pasangan tersebut berjaya diselamatkan dan tiada nusyvz dalam perhubungan mereka.
Hadir bersama
Nynaa dan Fahmi dilihat menaiki kenderaan yang sama ketika hadir di Mahkamah Syariah Kuala lumpur pagi tadi.
Hari ini di hadapan hakim Muhammad Yusof Sulaiman kita berjaya merekodkan penyelesaian atau perintah persetujuan antara kedua belah pihak. Antara terma-termanya akan diberitahu melalui sidang media akan datang dan salah satu daripadanya adalah kedua-dua belah pihak bersetuju untuk berbaik semula. Jadi tiada isu lagi, tiada isu nusyvz dan semuanya kembali taat dan seperti dapat dilihat pasangan ini hadir secara baik dan bersama. Alhamdulillah rumah tangga mereka dapat dipelihara dengan izin Allah.
Sementara itu, Fahmi memaklumkan bahawa isterinya akan menjelaskan apa yang berlaku kepada rumah tangga mereka secara terperinci dalam satu sidang media tidak lama lagi.
Apa yang peguam saya cakap adalah benar, kami akan mengadakan sidang media dalam masa yang terdekat. Kami akan jelaskan segalanya tentang situasi kami, kalau kamu minat drama Bollywood, ini adalah drama Bollywood 3 in 1. Dekat sidang media nanti anda boleh tanya semua soalan yang ingin diajukan sebab mahkamah dah bagi perintah, kertas kerja akan siap petang ini atau esok.
Tak tahu keberadaan isteri
Terdahulu, konfl1k rumah tangga pasangan ini tercetus pada 3 November lalu apabila Mohamed Fahmi tidak mengetahui keberadaan isterinya namun mengesyaki Nynaa pada ketika itu berada di kediaman keluarga mentuanya di Johor selepas ‘dilarikan’ tanpa kebenarannya.
Pada 11 November yang lalu pula, Fahmi membuat tuntutan nusyvz agar pelakon itu kembali taat dan pulang ke pangkuannya selepas hampir dua minggu Nynaa did4kwa keluar rumah tanpa kebenaran.
Sumber: Sinar Harian via OHBULAN