Pernah timbul desas-desus yang mengatakan pelakon kecil molek Elfira Loy sedang hamil anak kedua selepas kelihatan bentuk seakan baby bump ketika ulang tahun kelahirannya pada Mac lalu. Namun, Elfira membiarkan dakw4an itu tanpa jawapan.
Hamil anak kedua
Terbaru, Elfira, 27, berkongsi berita gembira di Instagram (IG) miliknya apabila mengesahkan dia sedang hamil anak kedua.
Menerusi satu hantaran, pemilik nama Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri memegang sebiji belon yang tertera ayat, ‘baby no 2 is coming.’
Kepada keluarga dan rakan-rakan yang saya sayangi, bolehkah anda membaca berita baik? Hehe.
Rahsia usia kandungan
Ketika dihubungi OhBulan!, pelakon drama Samson & Delaila enggan mended4hkan usia kandvngan tetapi menyatakan dia di fasa awal keh4milan.
Ulas lebih lanjut lagi, Elfira menyatakan anak lelakinya, Muhamad Rayyan Khalaf tidak ada menunjukkan perubahan perangai selepas mengetahui dia bakal menjadi seorang abang.
El (nama panggilan) masih lagi di awal kehamilan. Setakat ini okay tak ada mual langsung.
Alhamdulillah Rayyan pun okay juga, sangat good boy.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat mengucapkan tahniah kepada Elfira dan suami selain mendoakan agar urusan pasangan ini dipermudahkan Allah.
Umum mengetahui, Elfira telah mendirikan rumah tangga bersama Faris Khairol Anwar pada 1 Januari 2019 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Muhamad Rayyan Khalaf yang kini berusia 2 tahun.
Sumber: Instagram @elfiraloy via OHBULAN