Home Hiburan Seronok sambut Ramadan pertama sebagai suami, Haqiem Rusli masuk dapur memasak dengan...

Seronok sambut Ramadan pertama sebagai suami, Haqiem Rusli masuk dapur memasak dengan isteri

134
0

PERTAMA kali menyambut Ramadan sebagai suami, penyanyi Haqiem Rusli mengakui teruja kerana dapat menunaikan ibadah puasa bersama isteri tercinta iaitu Wan Anis Sofea Wan Zamzuri.

Menurut Haqiem atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem Rusli, dia melalui pengalaman cukup berbeza kerana kali ini dia berpeluang berbuka puasa bersama keluarga dan juga mentuanya.

haqiemrusli98 277923788 304472411767900 516194840545358633 n

Bukan itu sahaja, penyanyi berusia 23 tahun itu juga berkata dia seronok kerana dapat meluangkan masa bersama isteri dengan melakukan aktiviti memasak.

“Pengalaman menyambut bulan Ramadan selepas bergelar suami adalah satu perasaan luar biasa dan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Apa yang saya alami ini membuatkan rasa sangat bahagia.

“Dahulu saya berbuka dengan keluarga, namun kini pengalaman itu dilalui dengan isteri pula. Malah, kami juga turut mengambil peluang ini untuk berbuka bersama keluarga masing-masing.

“Ada kalanya saya memasak, ada masanya isteri dan ada ketikanya kami memasak sama-sama. Jika malas masak, kita makan di luar sahajalah. Puasa sebagai suami memang berbeza berbanding ketika bujang dulu,” katanya kepada mStar.

seronok sambut ramadan pertama sebagai suami haqiem rusli masuk dapur memasak dengan isteri hiburan mstar 625b712a03747

Haqiem dan isteri ketika berada di Cameron Highland.

Untuk rekod, Haqiem yang popular menerusi lagu Mimpi itu mendirikan rumah tangga dengan Anis Sofea, 20, pada 19 November tahun lalu.

Haqiem dan Sofea mula menjalin hubungan cinta sejak dua tahun lalu selepas berkenalan dan mula rapat ketika bersama-sama menguruskan perniagaan restoran milik mereka.

Berkongsi mengenai perkembangan kerjaya, Haqiem memberitahu dia baru selesai menjalani muzik video single terbarunya yang berjudul Aku, Hati dan Perasaan.

“Saya baru selesai menjalani penggambaran muzik video di Cameron Highlands, Pahang. Single berkenaan dijangka dilancarkan dalam tahun ini juga,” kata Haqiem.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://www.mstar.com.my/

 

Previous article“Saya ulang dekat 10x ni..”- Fenomena Lagu ‘Burung Puyuh Burung Ketut’, Rupanya2 Ini Pencetus
Next article“Minggu Depan Aku Busy..”- Nadia Brian Ajak Iftar Bersama, Peminat Risau Terlalu Gemuruh Sampai Buat ‘Rehearsal’
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here