Penyanyi popular Shila Amzah mengakui berasa risau apabila pernah berdepan dengan buatan orang sewaktu menyertai sebuah pertandingan nyanyian tahun lepas.
Namun begitu, pengalaman perit tersebut tidak menjadi penghalang kepada Shila untuk menyertai program realiti Famili Duo tahun ini.
Memetik laporan Utusan Malaysia, Shila menyatakan itu kali pertama dia mengalami perkara mistik sebegitu.
“Saya tak dapat nak kongsikan secara khusus tentang apa yang berlaku dan saya tak boleh nak jelaskan siapa disebalik perbuatan itu kerana jujur saya tak tahu…” – Shila Amzah
“Tapi sepanjang berada dalam industri seni, itulah kali pertama saya menghadapinya. la memang memeritkan…” – Katanya
“Saya tahu setiap pertandingan pasti ada elemen-elemen mistik sebegini. Perasaan takut memang ada. Saya hanya mampu berdoa, semoga dilindungi dan mudah-mudahan perkara begini tidak lagi berlaku kepada saya…” – Katanya lagi
Untuk makluman, Shila dan adik lelakinya,
Syahir bakal bergandingan sebagai duo adik beradik dalam program nyanyian Famili Duo musim ke-3 yang bakal bersiaran secara langsung dari Glenmarie, setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 mulai 15 Oktober
2023.
Lihat posting di bawah:
View this post on Instagram
Sumber: Utusan Malaysia
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.