Di TikTok, penerbit drama, Datuk A. Aida berkongsi perkhabaran bakal memulakan penggambaran bagi sebuah drama terbitan syarikat produksinya, A. Aida Production Sdn. Bhd.
Menerusi perkongsiannya itu, A. Aida memperkenalkan Tash Yong dan seorang lagi pelakon baharu yang bakal membintangi drama terbitannya itu.
Esok nak shoot telemovie untuk sebuah stesen televisyen, jadi dua orang ni merupakan pelakonnya.
Dalam pada itu, A. Aida sempat memberikan ‘amaran’ dan ‘nasihat’ kepada mereka untuk tidak menarik diri pada saat akhir.
Penerbit berusia 53 tahun itu juga sempat berseloroh dengan mengatakan akan menyaman mereka sekiranya mereka berbuat demikian.
Korang jangan esok nak shoot, malam ni tarik diri. Aku saman korang berdua.
Meskipun video tersebut dimuat naik beberapa bulan yang lalu, ia tetap kembali menjadi bualan ramai di media sosial.
Lihat klip video tersebut:
@dato.a.aida #aaida #aaidaproduction ♬ original sound – a.aida
Sumber: Tiktok
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
[redirect url=’https://shope.ee/B03ZpiRcm’ sec=’5′]