Pelakon Uqasha Senrose kini hanya menggunakan produk tempatan dan memboikot sepenuhnya semua produk atau jenama antarabangsa pro-Israel sebagai tindakan protes terhadap kekejaman Zionis dan solidariti dengan rakyat Palestin.
Uqasha atau Zik Zaris Uqasha Nik Sen, 31, menyatakan bahawa dia tidak kesulitan meninggalkan produk dari jenama-jenama terkenal sebagai bentuk jihad (perjuangan) terhadap Palestin.
“Apa sahaja produk yang menyokong kekejaman Israel, saya boikot dan tidak pakai lagi pakai. Sekarang saya hanya pakai produk tempatan…” – Uqasha
“Tidak kisahlah produk untuk alat solek, minyak wangi atau produk penjagaan diri, saya tidak hairan lagi dengan jenama,” katanya menerusi satu sesi siaran langsung dalam Instagram…” – Katanya
“Sepatutnya saya tidak perlu beritahu apa yang saya lakukan. Anda semua tidak tahu apa yang saya boikot. Itu adalah jihad dan cara saya…” – Katanya lagi
“Mungkin saya tidak terlalu lantang bersuara. Tapi saya lebih kepada tindakan. Apa yang saya boleh buat adalah dengan memboikot apa yang perlu…” – Tambahnya
Bukan untuk membesar-besarkan, sebaliknya perkongsian tersebut bertujuan sebagai penjelasan terhadap segala tuduhan netizen yang mendakwa dia bersikap tidak peka terhadap isu semasa di Palestin, terutama ketika mempromosikan konsert aktor Bollywood terkenal, Hrithik Roshan, di Malaysia melalui laman Instagramnya.
“Jadi janganlah cakap saya tidak kisah, tidak sensitif atau tidak kasihan dengan nasib orang di Palestin. Itu tidak benar…” – Tambahnya lagi
“Sepatutnya Saya Tidak Perlu Beritahu Apa Yang Saya Lakukan, Itulah Jihad dan Cara Saya…” – Uqasha Senrose
Lihat Posting di bawah:
View this post on Instagram
Sumber: Kosmo
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.