Tinggal beberapa jam lagi penyanyi Haqiem Rusly akan menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihan, Anis Sofea.
Kongsi persiapan majlis
Sehari sebelum majlis pernikahan, Haqiem, 23, bersama Anis Sofea, 19, dilihat turun padang ke lokasi yang akan diadakan majlis resepsi mereka.
Terpancar kebahagiaan di wajah pemilik nama Ridzuan Haqiem Rusli apabila tidak lekang dengan senyuman ketika membuat siaran langsung (live) di Instagram, semalam.
Dalam pada itu, Haqiem juga sempat menyanyikan sedikit potongan lagu daripada penyanyi Anji yang berjudul Dia.
KOMEN NETIZEN:
Dah boleh ‘move on’
Di ruangan komen, rata-rata peminat perempuan mula meluahkan rasa pat4h h4ti melihat ‘crush’ yang diminati akan berkahwin.
Namun, jauh di sudut hati, mereka tetap mendoakan kebahagiaan pelantun lagu Tergantung Sepi dan bakal isterinya selain dipermudahkan urusan hari bahagia.
Terdahulu, Haqiem membuat pengumuman mengejut apabila memberitahu bahawa dia bakal bernikah pada 19 November ketika memberikan ucapan selepas memenangi anugerah bagi kategori Penyanyi Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular ke-34 (ABP34) pada Sabtu lalu.
Sumber: TikTok @qiemiliowner, OhBulan