Tempoh tiga tahun tidak sedikit pun mematahkan semangat ahli keluarga untuk mencari peserta Gopeng Ultra Trail 2019, Mohammad Ashraf Hassan atau lebih dikenali Acap yang hil4ng secara mist3ri.
Malah, abang kepada Acap iaitu Mohd Zahiruddin Hassan sanggup menawarkan ganjaran wang tunai sebanyak RM12,000 kepada sesiapa yang berjaya menemui adiknya sebelum Syawal ini.
Perkara itu diumumkan, Zahiruddin melalui satu posting di Facebooknya.
“Sesiapa yang berjaya menemui adik saya Acap sebelum raya, saya akan hadiahkan wang tunai sebanyak 12,000,” katanya.
“Dalam tiga tahun ini banyak sungguh kis4h yang keluar mengenai Acap.
“Ironinya masyarakat lebih gemar cerita bvruk dari yang sahih.
“Ada yang kata dia lari, ada kata dia berkahwin buni4n dan tak nak balik, ada pula yang kata ditangkap j1n kerana mencuri batu, makan siput dan macam-macam lagi,” katanya.
Jelasnya, ramai kini cuba menyebarkan maklumat tidak sahih hanya untuk mencari ‘content’ dan perhatian.
“Semua berpunca ‘content’ nakal Youtuber dan ‘influencer’ yang ketandusan idea.
“Sengaja mengetengahkan isu-isu rekaan supaya video mereka naik dan mendapat imbalan dan hasil,” katanya.
“Sedarkah anda di sebalik imbalan hasil yang dapat itu, ada ibu yang sedang berdvka. Ada keluarga yang sedang bers3dih, ada anak kecil yang kehilangan ayah,” katanya.
“Kitaran hidup kita ini pendek. Musibah boleh terjadi pada siapa saja. Jika tidak kepada diri sendiri mungkin boleh terkena pada anak isteri atau nasab keturunan. Semoga kita dilindungi Allah terhindar dari segala bencana,” katanya.
Sekadar info, Acap dilaporkan hilang apabila pihak penganjur dan rakannya yang membuat pencarian gagal menemukan selepas acara tamat pada 2 petang, 24 Mac 2019.
Sumber: Gempak