Menerusi halaman tiktok, tular satu video kongsian Norkaslitah di mana seorang adik ini menyanyi di majlis perkahwinan. Dia menyanyikan lagu berjudul Oh Ibu oleh Untukmu Ibu oleh kumpulan Exist. Nyanyian adik itu sungguh merdu dan lunak. Ramai yang kagum dan memuji keunikan suara adik itu. Malah ramai juga yang berkata suara adik itu mirip sekali dengan Mamat Exist.
Namun, ramai yang terhibur dan berkata lagu itu agak tidak sesuai dengan majlis perkahwinan. Mereka memuji nyanyian adik itu tetapi memesan supaya dia memilih lagu yang lebih bersesuaian dengan majlis perkahwinan selepas ini. Tambahan lagi, ada juga yang berharap kumpulan Exist dapat menjemput adik ini menyanyikan semula lagu Untukmu Ibu..
Klik Di Bawah Untuk Lihat Video Penuh
View this post on Instagram
Jom Tengok Apa Kata Netizen
@safiqahmad: Ini lagu kem bina jati diri dik, bukan lagu kenduri khawin
@Abam Botak: ok la dari pelamin anganku musnah
@Andy🍁: Paduuuuuuuuu adik 🥲🥲🥲 lpas ni cari lagu yg sesuai dgn majlis …sora padu dah
@eykinshamsuri: tahu2 makan sambil menangis eh . confuse nak makan ke nak nngis
@mR.BoyZ: Ibu pengantin dah la kena lepas anak perempuan dia, lepastu adik ni nyanyi lagu ni lak.. hahaha
@anaNana: lahaii nape meja dj dok dekat sangat ngan meja mkn beradab
@Marr Maira: sorry xthu nk happy ke, nk gelak ke nk menangis 😂😂 pakcik ok ke tu 🤣🤣 nk happy anak kahwin eh jadi kes lain pulak
@ZettyJaehyun: padu suaranyer.. nasib nyanyi lagu ohh ibu.. klo nyanyi lagu “di sana menunggu di sini menanti”. pishang pengantin mat
@SUZILALH7777 AbdWahid TV: Aku lagilah lagu Air Mata Ibu masa kenduri kawin kakak aku dulu.Masa tu aku tak tahu nyanyi lagu Bukan Cinta Biasa.So main bantailah nyanyi lagu tu
@💕CekPuanDiana💕: walaupon tak sesuai dgn majlis,tp suara awak tetp sdp dik
@heiπz£: salah salah ni lagu kem bina insan bagi budak menangis
@budak_ambivert92: pengantin dgn mertua rasa geram nak berebut mic tu.. lg2 part tarik..hahahahaha
@데이지 🌼: Salah satu sebab kenapa aku akan buka karoeke leps habis majlis kenduri kahwin nanti . Masa majlis memang pasang lagu je
Sedap betul suara adik ni. Meremang min dengar. Tapi tulah, macam tak kena sikit lagu dengan majlis..Lepasni kena pilih lagu yang sesuai sikit eh dikk..
Sumber Titkok dan Instagram