Untuk pengetahuan semua, Dayah Bakar iaitu pengacara yang dikenali ramai sebelum ini tinggal di Canberra, Australia bersama suami dan anak kecil mereka iaitu Achbar Muhammad Fahri.
Pada awal tahun 2020, Dayah pernah duduk berjauhan dengan suaminya selama hampir setahun lebih kerana suaminya bertugas di Australia.
Oleh kerana ketika itu pa.nd.emik C.V.I.D.-19 baru bermula, Dayah te.rpak.sa melalui fasa keh.ami.lan anak lelaki sulungnya berjauhan dari suaminya sehingga selamat melahirkan cahaya mata permata mereka.
Kini, Fahri telah menginjak usia hampir dua tahun dan nampaknya Fahri sentiasa berjaya mencuri perhatian ramai peminat apabila gelagat comelnya sentiasa dikongsikan oleh Dayah menerusi laman Instagram dan Tiktok miliknya.
Baru-baru ini menerusi akaun Tiktok, Dayah telah merakam gelagat Fahri ketika sedang menuju ke sekolah. Kelihatan Fahri begitu bergaya dengan memakai kaca mata hitam sambil duduk di atas kerusi bayi. Bagaimanapun, dia tertidur sebaik sahaja sampai di sekolah.
Hal ini menyebabkan Dayah berasa serba salah untuk mengejut putera sulungnya itu. Disebabkan mereka sudah sampai di hadapan sekolah, Dayah mengejut Fahri dengan mengatakan keyword ‘dah sampai school’.
Fahri yang kelihatan ‘mamai’ bangun dari tidur terus menangis sebaik sahaja mendengar perkataan itu.
Biasalah, kita semua sewaktu kecil dulu pun mesti akan menangis sewaktu ibu dan ayah kita menghantar ke sekolah. Mungkin baru nak biasakan diri dengan suasana di tadika. Comel betul Fahri!
Sumber: CARI