Home Viral “Saya Tidak Buat Perkara Haram…” – Suami Heliza Helmi

“Saya Tidak Buat Perkara Haram…” – Suami Heliza Helmi

246
0

Suami kepada Heliza Helmi, Usahawan Mahadi Badrul Zaman sekali lagi menjadi topik perbualan hangat di kalangan netizen selepas dakwaan tentang namanya tersenarai dalam senarai amaran pelabur oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) baru-baru ini menjadi viral.

Dalam mengulas isu tersebut, Mahadi, yang berusia 40 tahun, menyatakan bahawa dia tidak mengetahui tentang perkara tersebut kerana dia tidak menerima sebarang surat makluman dari pihak berkenaan.

Selain itu, bagi mendapatkan kepastian mengenai perkara tersebut, dia mengumumkan bahawa dia akan pergi ke pejabat Suruhanjaya Sekuriti Malaysia pada pagi Selasa.

“Saya dalam perjalanan ke pejabat SC.
Pertama sekali saya tidak ada terima apa-apa surat atau emel daripada pihak berkenaan mengatakan nak siasat atau apa-apa, memang tidak ada…”

“Saya pun tak tahu nak jawab macam mana sebab belum dapat kepastian dari pihak SC, jadi pagi ni baru nak ke sana sebab ramai sudah bertanya apa dah jadi ni?…”

“Memang tiada jawapan yang kukuh buat masa ini tapi Alhamdulillah setakat ini saya rasa syarikat saya tidak buat perkara yang salah, menipu atau lakukan perkara haram…”

Sementara itu, suami kepada penyanyi Heliza Helmi itu mengakui terkejut apabila mengetahui namanya dikatakan tersenarai dalam sistem SC. Dia menyatakan bahawa dakwaan tersebut boleh mendatangkan fitnah terhadap dirinya.

“Ikutkan dari dulu saya dah kena hadapi fitnah-fitnah tentang diri saya ni. Tapi bila nama saya masuk dalam sistem SC saya sendiri terkejut tambah pula bila dah viral memang sangat terkejut…”

Sementara itu, Mahadi juga menyatakan bahawa dia telah menghubungi pihak polis bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkara itu.

Lihat Posting di bawah:

Sumber: Portal

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

 

Previous article“Kami Tidak Mampu Lagi Setiap Bulan Negatif RM30K, Tempat Ini Sangat Strategik…” – Restoran Ustazah Asma Harun Terpaksa Ditutup
Next article“Pensil Baru Asah, Dia Pergi Test Dekat Anak Aku…” – Syatilla Melvin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here