Yang Hormat Dato’ Sri Aliff Syukri bin Kamaruzaman ialah seorang ahli perniagaan yang kian meningkat naik sejak beberapa tahun ini. Bisnes kosmetiknya meningkat naik bak cendawan tumbuh selepas hujan. Walaupun bisnes kosmetiknya berjalan dengan baik, namun kerenahnya sering membuatkan netizen panas hati. Satu demi satu hal yang dibuatnya membuatkan netizen tertanya-tanya, adakah perangainya memang sebegitu atau dia hanya buat demi konten semata-mata.
Di ruangan tiktok, tular satu video di mana isteri kepada Dato alif syukri iaitu datin Syahida tampil memberikan penjelasan. Dia berkata yang dia teliti orangnya. Dia sering menegur sekiranya suaminya membuat sesuatu yang tidak patut. Namun sebaliknya yang dibuat oleh suaminya dek kerana sokongan orang lain.
Klik Di Bawah Untuk Lihat Video Penuh
View this post on Instagram
Jom Tengok Apa Kata Netizen
@Dila:Masyaallah Datin sgt penyabar dgn sikap suami dia. Salute.
@LaLiza:Hahaha.. Hanya wife je dpt diamkan alep sukeri
@SHA 🇲🇾:bagus datin ni matang je bila dia bercakap atau bersuarakan. pendapat
@Asmini Asman:MashaAllah sabar datin tu semoga mereka berdua bahagia ke jannah dan dijauhi fitnah akhir zaman
@Maishiah:kan…sabor jek laaa datin oooi…dpt laki camtu…ada ganjaran buat datin..in shaa allah…
@Chai:saling melengkapi sorang mengeletis.. sorng aware
@نور عين:dato ni kalau dye dgr ckp isteri dia,mesti elok je dia ni. bersyukur patutnya dpt isteri penyabar mcmni
@KakLong:kbe byk sgt sabar dgn DAS ni, byk2 sbar n trus kuat ye datin.
@Ina Mohd:haahahh sabar sabar. datin pandang dato mcm marah tu mcm mak2 jengilkan mata dkt anak hahaahah
Penyabar betul Datin ni ye layan kerenah suami. Tapi baguslah, saling melengkapi antara satu sama lain. Jangan lupa komen yang baik-baik yaa
Sumber Tiktok dan instagram