Home Viral “Saya Tahu Dia Muflis Kan, Takpalah Saya Cari Nafkah Sendiri Je La...

“Saya Tahu Dia Muflis Kan, Takpalah Saya Cari Nafkah Sendiri Je La Untuk Anak-Anak…” – Datin Red

119
0

Bekas isteri pertama Datuk Red, Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim, tidak menuntut sebarang nafkah daripada bekas suaminya.

Menurut Sharifah, atau lebih mesra dengan panggilan Datin Red, dia membuat keputusan tersebut kerana memahami keadaan bekas suaminya yang kini berada dalam kesusahan.

“Sebab saya tahu dia dah muflis, tak apalah saya cari nafkah sendiri sahajalah untuk anak-anak saya, itu sajalah saya nak cakap…”

“Saya tak nak menyusahkan dia dan saya sentiasa menyokong dia…”

Datin Red berkata demikian ketika ditemui Gempak di pekarangan Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Selangor pada Selasa. Dalam pada itu, Datin Red juga menyatakan bahawa hubungannya dengan Datuk Red akan kekal baik seperti sebelum ini.

“Saya tahu dia tidak sekejam itu terhadap kami walaupun kami sudah tidak mempunyai hubungan. Saya tahu dia baik…”

“Dia seorang yang bertanggungjawab. Hubungan kami selepas ini pun baik-baik sahaja, tak ada masalah. Insya-Allah…”

Lihat klip video di bawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rosebiru (@mediarosebiru)

Sumber: Instagram

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Jangan Kata Mariam, Yang Tua Pun Takut dan Geli…” – Reaksi Anak Fizo Omar Raih Tumpuan Ramai
Next articleDah Macam Kareena Kapoor..” Fasha Sandha menang trend Asoka

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here