Home Hiburan “Saya Nak Mak Saya Sihat..” – Gugur Air Mata Jantan Khai Bahar,...

“Saya Nak Mak Saya Sihat..” – Gugur Air Mata Jantan Khai Bahar, Ibu Derita Sakit Buah Pinggang

283
0

Penyanyi terkenal, Khai Bahar Menurut Khai, keadaan kesihatan ibunya semakin merosot ekoran masalah buah pinggang yang dihidapi. Bukan itu sahaja, Khai berkata ibunya sekarang dimasukkan ke hospital kerana mengalami sesak nafas dan paru-paru berair.

“Ibu umur 61 tahun. Keadaaan dia semakin merosot sekarang ni. Buah pinggang dia dah stage terakhir. Saya terkilan sebab sibuk kerja. Sekarang pula dapat tahu dia masuk wad. Sesak nafas. Keadaan dia semakin teruk. Paru-paru semua masuk air. Memang cabaran buat saya. Jadi saya malas nak layan isu yang tak penting sekarang ni. Fokus kepada ibu yang kurang sihat.

Saya mampu berdoa. Dia mengharapkan semua anak-anaknya datang melihat dia. Mak nak perhatian daripada anak-anak. Jadi kalau ada peluang balik, kami akan balik. Saya kalau ada masalah memang tak akan kongsi dekat semua terutama secara umum. Kadang bila nak kongsi masalah kita, sesetengah orang faham dan sesetengah lagi tak faham..” – Khai Bahar

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khai Bahar (@khaibahar94)

Ujar Khai lagi, dia akan cuba untuk pulang ke kampung sekiranya ada masa terluang. Tambah Khai, dia mahu membuatkan ibunya gembira selagi diberi peluang.

Saya susah hati sekarang. Saya bulan ni memang busy sebab dah lock semua kerja. Ianya melibatkan ramai orang. Saya tahu limit nak menanggung beban. Saya cuma nak mak saya sihat. Tapi keadaan dia semakin hari semakin tidak baik. Bila nak balik Perlis saya kena tengok jadual. Kadang bila balik ada dugaan macam baru ini kereta rosak.

khaiha

Di akhir perkongsian, Khai berkata dia berdebar setiap kali menerima kiriman Whatsapp daripada keluarga.

Mak takut setiap kali nak pergi hospital. Dialisis seminggu tigak kali. Nak buat dia pergi hospital kena telefon dan pujuk. Kalau tak dia ingat-ingat lupa. Pesakit buah pinggang ni time dia okay dia akan okay. Kalau semua anak ada dan pujuk, dia akan pergi.

Previous articleGugur Air Mata Jantan, Khai Bahar Luah Sibuk Bekerja Semasa Kesihatan Ibu Semakin Merosot
Next articleUpin Ipin Real Life, Ramai Geli Hati Tengok Gelagat Adik Kembar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here