Datuk Seri Siti Nurhaliza merupakan salah seorang selebriti yang bersolidariti untuk Palestin. Di halaman instagram, Tokti ada meluahkan rasa bimbangnya terhadap nyawa anak-anak angkatnya di Gaza yang kini berdepan dengan situasi getir berperang dengan Israel.
Buat pengetahuan, Datuk Seri Siti Nurhaliza ada menubuhkan sebuah sekolah Kanak-Kanak Afwa Al Afiyah. Sekolah tersebut dibina menerusi sumbangan yang dikutip yayasan yang diasaskannya iaitu Yayasan Nurjiwa. Kini, banyak bangunan di sana sudah hancur akibat dibedil tentera Israel.
“Saya mengenangkan bagaimana keadaan anak-anak angkat saya di sana..”
View this post on Instagram
Semoga semuanya di dalam peliharaan Allah. Moga kemenangan berpihak kepada rakyat Palestin. Kita di bumi Malaysia perbanyakkan berdoa untuk mereka. Dan jika berkemampuan hulurkanlah sumbangan untuk mereka di sana.
Setakat ini, angka korban di Gaza termasuklah di tebing barat dilaporkan meningkat dengan lebih 700 orang disahkan maut dan tercedera.