Selepas berita mengenai penangkapan empat individu yang dipercayai menjadi suspek dalam kes rompakan di rumah Kieda Crepe tersebar, banyak spekulasi muncul di media sosial. Ada yang sehingga menuduh staf di Kieda Crepe. Betulkah ini?
Menerusi hantaran di Facebook, Kieda tampil menafikan semua spekulasi yang dibuat oleh netizen terhadap salah seorang staf lamanya.
Usahawan itu juga berkata bahawa staf yang bernama Maton itu bukanlah jenis yang akan mencuri harta benda orang walaupun dia agak lantang berbicara seperti Kieda.
Tambahnya, mereka berdua mempunyai hubungan yang sangat rapat dan Maton adalah salah seorang kenalan yang sentiasa ada di waktu susah dan senang.
Selepas menafikan tuduhan tersebut, Kieda memberikan petunjuk bahawa suspek adalah orang luar.
Lihat Posting di bawah:
Sumber: Facebook