Home Hiburan “Rezeki Allah Dari Pelbagai Bentuk, Difitnah Pun Salah Satu Rezeki..” – Fizo...

“Rezeki Allah Dari Pelbagai Bentuk, Difitnah Pun Salah Satu Rezeki..” – Fizo Omar Perli Bekas Isteri?

269
0

Usahawan dan juga bekas isteri kepada pelakon Fizo Omar iaitu Mawar Karim telah memuat naik perkongsian sehingga menjadi perhatian apabila seolah memberi bayangan dia banyak menanggung keluarga ketika bergelar isteri.

Dalam perkongsian di Insta Story itu, Mawar tidak menyebut nama mana-mana pihak, namun mengakui hidupnya kini lebih tenang bebanding dahulu.

“Alhamdulillah hidup sekarang lebih bersyukur dan tenang sebab duit tak habis lesap. Kalau berbanding dulu faham-faham sendirilah. Takkan nak cerita satu dunia apa yang saya kena tanggung selama itu.

“Yang penting kita tak kena tipu atau dipergunakan selama ini pun sudah Allhamdulillah,” ujar Mawar yang berkongsikan mengenai perkara itu ketika menjawab komen netizen yang mengatakan dia tidak lagi cantik seperti dulu serta kasihan dengan usahawan tersebut.

“Rasa dah lama tak bagi motivasi. Kita mula Februari dengan Bismillah… Apa pun nasihat saya jangan kesiankan orang, kesian diri sendiri kalau nak happy,” tulisnya.

Berikutan isu tersebut, Fizo Omar berasa terpanggil dan membuat posting di Facebook. Dia membuat posting gambar bersama isteri dan kedua anaknya. Fizo juga ada menulis kaption di mana dia seperti memerli Mawar.

“rezeki Allah ni dtg dari pelbagai bentuk, difitnah pun adalah salah satu rezeki.rezeki ujian yg akan memberikan kekuatan..”

fizo

Moga dipermudahkan urusan antara Fizo Omar dan Mawar. Biarlah benda yang berlalu terus berlalu. Harap kedua pihak dapat selesaikan perkara ini dengan baik.

Previous article“Dah Lah Cantik, Suara Pun Sedap. Memang Full Pakej..” – Netizen
Next article“Kalau Kena Kepala Naya” – Rakaman Baling Bola Boling Tarik Perhatian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here