Seorang orang lelaki bekerja di sebuah bar dan restoran yang dikenali sebagai Alfie Bar di Dublin, Ireland. Selepas dua bulan, beliau memutuskan untuk berhenti atas sebab-sebab tertentu dan meminta majikannya untuk membayar gajinya.
Lelaki ini dikenali sebagai Rian Keogh, akhirnya meminta oleh pengurus Alfie Bar untuk mengambil gaji terakhirnya dan mahu membayarnya secara tunai. Rian Keogh bagaimanapun tergamam apabila gaji terakhirnya dibayar kepada beliau dalam bentuk duit syiling 5 sen yang diisi dalam sebuah bekas seberat hampir 30kg.
Baca lagi: Majikan Tersalah Masukkan Duit Gaji Hampir RM800 Ribu Ke Dlm Akaun
Baca lagi: Parking Merata, Pekerja Pembersihan Letak 40 Tong Sampah Sekeliling Kereta
Perkongsian Rian itu telah menjadi tular di media sosial dan rata-rata netizen berasa bengang dengan tindakan bekas majikannya dan meminta beliau untuk melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat buruh.
Salah seorang daripada komen-komen netizen juga mengatakan:
“Ini adalah satu bentuk pembulian, awak perlu melaporkannya kepada pihak berkuasa”
Difahamkan Rian menunggu lebih 2 minggu untuk menerima gaji terakhirnya di tempat kerja lamanya, dan kesemua duit syiling di dalam bekas tersebut itu adalah berjumlah lebih kurang Rm1,741.
PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: SAJA