Home Hiburan “Rep0rt Pol1s Dah Dibuat 2 Kali, Boleh Tahan Terus…,”- Kereta Wira Dilar1kan...

“Rep0rt Pol1s Dah Dibuat 2 Kali, Boleh Tahan Terus…,”- Kereta Wira Dilar1kan Penyewa, Laila Nasir Mohon Bantuan Salur Maklumat

309
0

Pelakon senior dan usahawan, Laila Nasir memaklumkan kereta jenis Proton Wira miliknya telah hilang dan dipercayai dil4rikan oleh penyewa.

Lantaran itu, Laila memohon bantuan orang ramai untuk menyalurkan maklumat sekiranya ada terjumpa atau terserempak dengan keretanya itu.

F1622CA5 FAFC 4663 9704 18ED4C27BDF6

Menurutnya, pihak penyewa didakwa mematikan telefon bimbit dan sehingga kini lokasi mereka masih lagi belum dapat dikesan.

“Assalamualaikum warga penduduk semua, mohon bantuan daripada semua untuk viralkan kereta kami yang telah di bawa lari oleh penyewa.

“Apabila dihubungi, pihak penyewa tak nak bagi kerjasama dan matikan telefon. Mohon kepada sesiapa yang ada ternampak kereta Wira di bawah, boleh segera hubungi saya di no 012-3171102,” tulisnya.

Perkhabaran tersebut dikongsikan pelakon drama Kiblat Yang Hilang itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

CA214E92 0BAE 4B4A 8EC4 DA2E096F0FD6130AA920 33B1 42EF A7E9 42FC99EC54FC

Dalam pada itu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini turut memaklumkan dia telah pun membuat dua laporan polis berhubung kes kehilangan keretanya itu.


Dipercayai lokasi terakhir kereta tersebut adalah di Bukit Belacan, Ampang.

“Report polis dah dibuat dua kali. Sesiapa yang ada details dan tahu atau pernah nampak kereta ni, boleh tahan terus ya sebab report polis dah ada.

“Maaf gambar tak jelas. Gambar ni je yang ada dalam simpanan kami,” kongsinya lagi.

FC595F4F FBF7 4B98 8591 A6BA43C27F7C

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut membantu memanjangkan posting tersebut selain turut menitipkan doa semoga kereta tersebut dapat ditemukan semula.

“Masyaallah, semoga dipermudahkan kakak. Harap dapat jumpa balik.

“Moha dapat jumpa balik kak.

“Jahat betul orang bawa lari kereta auntie tu kan. Kata dekat dia, nak kereta sangat usaha kerja kumpul duit sendiri bukan bawa lari kereta orang macam tu kan. Rasakan dia polis cari dia nanti.

“Okay nanti saya share dalam grup geng wira mohon screen shot ya,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

Sementara itu, segala butiran mengenai kereta tersebut turut telah dikongsikan di ruangan kapsyen.

Apapun, kami berharap agar Laila dapat bersabar dan diberikan kekuatan untuk menempuh dugaan ini. Semoga kereta yang hilang itu dapat ditemukan semula dengan kadar segera.

Sumber: Instagram Laila Nasir via mh

Previous article“Gelap Pun Mamu Sayang” – Netizen ‘Usik’ Sharnaaz Yang Bimbangkan Azira Shafinaz Berjemur Tengah Panas
Next articleSiti Saleha Sah Berc3rai, Redha Perkahwinan Hanya Bertahan 4 Tahun
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here