Home Viral “Rasa Macam Senggugut, Bila Tidur Macam Ada Bayi Dalam Perut…” – Iqbal...

“Rasa Macam Senggugut, Bila Tidur Macam Ada Bayi Dalam Perut…” – Iqbal Zulkefli

255
0

Usahawan dan Pempengaruh sensasi Ahmad Iqbal Zulkefli sama sekali tidak menyesal menjalani rawatan Allurion Intagastric Ballon yang merupakan salah satu prosedur untuk mengurangkan berat badan.

Berbicara tentang pengalamannya menjalani rawatan metode balon lambung itu, Iqbal, 30, mengakui prosedur tersebut membuatnya merasa kurang nyaman pada bagian perut seperti sedang mengalami senggugut.

“Saya jenis tak senang turun berat badan dan apa yang mencabar selepas masukkan belon tu bila tidur macam ada bayi dalam perut, rasa tak selesa…”

“Rasa macam senggugut pun ada sakit perut yang saya alami itu, bayangkan sehari saya hanya minum segelas air sahaja dan muntah 30 kali sehari…”

“Doktor ada beritahu kesan selepas buat tu tapi tak tahu macam ini, suara tak bermaya dan banyak tidur. Ingatkan tiga hari je akan sembuh…”

Sebelum ini, Iqbal menyelesaikan prosedur tersebut di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Kuala Lumpur pada 16 Januari yang lalu.

Langkah Iqbal menjalani prosedur tersebut bagaimanapun menimbulkan ketidakpuasan sebahagian netizen yang turut mengusulkan agar dia melakukan senaman untuk mencapai kekurusannya secara sihat.

Menjawab terhadap kritikan tersebut, Iqbal menyatakan bahawa kekangan masa merupakan faktor utama yang mendorongnya untuk memilih menjalani rawatan memasukkan belon tersebut.

“Memang ada orang kata dengan bersenam sahaja boleh turun 6 kilogram tetapi sebenarnya ramai orang kaya buncit dan jadi malas…”

“Saya tiada masa nak bersenam dan rela telan belon untuk kurus sebab dah penat gemuk serta ada masalah lelaki…”

“Netizen tak nampak sendiri perut saya yang buncit, saya sendiri tak tahan pakai baju ketat,” katanya yang memaklumkan telah menghabiskan RM20,000 untuk melakukan rawatan berkenaan…”

Lihat klip video di bawah:

Sumber: Instagram, Portal

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Masuk Air Betul Diorang Ni..” – Telatah Angah Dan Roy Di Sinar FM Hibur Hati Ramai
Next article“Ramai Cakap Saya Kuat dan Sabar, Tapi Saya Tak Tahu Kesabaran Saya Sampai Bila…” – Bella Astillah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here