Penyanyi, Syada Amzah atau nama sebenarnya Nursyuhada Amir Amzah mendakwa ada individu yang tidak dikenali telah datang ke rumahnya untuk melihat keadaan di dalamnya. Menurutnya dia tidak meletakkan apa-apa notis untuk menjual rumah sekalipun.
Dalam pada itu, Syada yang merupakan adik kepada penyanyi, Shila Amzah seakan meluahkan rasa terkilan dan mendakwa dirinya bukan sahaja dibuang malah kini, dihalau pula.
“Gila lah, rasa macam kita ni haiwan sesat. Dah kena buang, kena halau lagi. Genius, betul-betul respect..”
Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan hantaran anak perempuan kepada penyanyi, Datuk ND Lala ini ditujukan kepada siapa. Story kedua Shada menunjukkan yang dia sedang mencari rumah untuk dia dan ibunya.
Moga dipermudahkan urusan Syada Amzah dan keluarga. Min dan peminat sentiasa mendoakan kesejahteraan kalian.