Kuala Lumpur: “Kami berpisah cara baik dan tiada pertengkaran atau bermasam muka,” kata Shikin Maembong, 39, mengenai berita perceraiannya dengan bekas suami, Chef Riz.
Shikin bercerai dengan anak kepada chef popular Chef Wan itu, Jun 2016.
Walaupun sudah berpisah, Shikin yang juga kakak pelakon popular Emma Maembong tetap bersyukur kerana masih diterima baik keluarga mentuanya.
“Papa (Chef Wan) memang melayan saya dengan baik. Begitu juga dengan mama dan nenek yang rapat dengan saya.
“Papa kerap menghubungi dan sesekali menghantar mesej. Dia selalu mengingatkan saya, walau apa pun yang berlaku, kami tetap sekeluarga,” katanya.
Bagaimanapun, Shikin menolak untuk berkongsi cerita mengenai punca perceraian mereka.
“Biarlah kami berdua saja yang tahu. Cukuplah sekadar memaklumkan kepada umum bahawa kami tidak lagi suami isteri,” katanya.
Pasangan ini berkahwin pada 2014 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Arianna Natasya yang kini berusia enam tahun.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page
Sumber:metro ,https://news131media.com/