PENYUMBANG pingat emas ketiga negara pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 baru-baru ini, Abdul Latif Romly, 24, selamat mengikat tali pertunangannya semalam.
Pemenang pingat emas lompat jauh T20 itu mengumumkan perkara tersebut di laman Instagram miliknya hari ini.
“Alhamdulilah one step closer. I love you! (23/10/2021),” catatnya.
Perkongsian beliau turut dihujani ucapan tahniah warga maya dan pengikutnya yang rata-ratanya mendoakan kebahagiaan untuknya.
Sebelum ini, ibu kepada atlet paralimpik negara itu Salmah Yatim, 64, mengatakan anak bongsu daripada tujuh beradik itu tidak merancang untuk menamatkan zaman bujangnya dalam masa ini kerana masih memberi tumpuan dalam sukan dan menyasarkan untuk menyertai Sukan Paralimpik di Paris pada 2024.
Menurutnya, Latif merancang berkahwin pada 2025 kerana buat masa ini dirinya ingin tumpukan kepada sukan terlebih dahulu.
Ujarnya, pihaknya juga tidak ada halangan untuk mereka Latif berkahwin kerana kedua-dua keluarga sudah lama saling mengenali antara satu sama lain.
Sementara itu, Abdul Latif jua pernah menjadi tumpuan ramai apabila melalui episod dramatik men,ga,la,mi ke,ced,e,raan dipercayai salah men,darat ketika temasya Paralimpik Tokyo 2020 baru-baru ini.
Beliau menutup ti,rai Sukan Paralimpik 2020 meraih pingat emas dalam acara lompat jauh T20 (masalah pembelajaran) di Stadium Olimpik, Tokyo.
View this post on Instagram
Anak jati Perlis itu juga turut mendapat perhatian orang ramai di media sosial dengan perubahan wajahnya yang jauh lebih matang berbanding ketika Sukan Paralimpik Rio di Brazil pada tahun 2016.
Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ
Sumber: SP.SN