Home Viral “Ramai Cakap Saya Kuat dan Sabar, Tapi Saya Tak Tahu Kesabaran Saya...

“Ramai Cakap Saya Kuat dan Sabar, Tapi Saya Tak Tahu Kesabaran Saya Sampai Bila…” – Bella Astillah

355
0

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, merupakan salah satu selebriti yang sering dikaitkan dengan kontroversi dalam kehidupan rumah tangganya. Walau bagaimanapun, dia dilihat sebagai individu yang sangat tabah dan mantap dalam mengendalikan isu-isu yang melibatkan kehidupan peribadinya.

Dalam podcast bersama pelakon Amelia Henderson, Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah menyatakan bahawa banyak orang menggambarkannya sebagai individu yang sangat tabah ketika menghadapi ujian dalam hidupnya.

“Ramai cakap saya kuat, saya sabar tapi sebenarnya saya takut sangat. Saya takut akan ada hadnya nanti sebab saya tak tahu bila akan jadi. Orang cakap, ‘hebatlah Bella ni, wanita yang sangat kuat dan sangat sabar.’…” – Bella

Namun demikian, ibu kepada dua orang anak ini menyatakan kebimbangan apabila pada suatu masa nanti dia mungkin tidak dapat menahan kesabaran.

“Tapi saya tak tahu kesabaran saya sampai bila, saya harap sangat saya tetap bersabar…” – Katanya

Mengikut pandangan warganet dalam ruangan komen, kebanyakan dari mereka memahami situasi yang dihadapi oleh pelakon drama “Aku Tanpa Cintamu” dan turut mengirimkan doa untuk kesejahteraannya.

Bella dan Aliff telah membina rumah tangga pada 9 September 2016 dan dari perkahwinan mereka, mereka diberkati dengan dua anak, Ayden Adrean yang berusia 5 tahun, dan Ara Adreana yang berusia 2 tahun.

Namun, mereka pernah berpisah pada 16 Mei 2019 akibat isu-isu rumah tangga, namun kemudiannya rujuk semula dalam tempoh iddah.

Lihat klip video di bawah:

@faiznurzin #tiktokmalaysia #bellaastillah #nfmz #faiznurzin ♬ original sound – FaiznurZin

Sumber: Tiktok

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Rasa Macam Senggugut, Bila Tidur Macam Ada Bayi Dalam Perut…” – Iqbal Zulkefli
Next article“Kecoh Sangat Pasal Rating, Ini Data Rating Jumlah Sebenar…” – Tyzo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here