Home Hiburan Puas Cari Keberadaan Zali, Syanie Teruja Jumpa Kembali ‘Anak’ Dalam Senario Lagi

Puas Cari Keberadaan Zali, Syanie Teruja Jumpa Kembali ‘Anak’ Dalam Senario Lagi

298
0

Baru-baru ini, pelakon tanah air, Syanie Hisham telah meluahkan hasrat ingin bertemu dengan ‘anaknya’ dalam filem ‘Senario lagi’ yang membawa watak sebagai Zali.

Perkara itu muncul sewaktu menjalani penggambaran filem ‘Jaga-Jaga Senariounion’ dan Syanie mula bertanya mengenai rakan-rakan lamanya termasuklah pelakon cilik berkenaan.

Oleh sebab itu, Syanie telah membuat sebuah sesi live di laman Instagram bagi mencari keberadaanya sehingga menggesa bantuan orang ramai dalam misi ‘mencari Zali’.

Siapa sangka, rakaman tersebut telah mendapat perhatian netizen sehingga tul.ar di media sosial dan orang ramai dilihat tidak henti membantu dalam menunaikan hasrat Syanie.

Usaha ‘mencari Zali’ berjaya, Syanie luah rasa teruja diketemukan kembali

Bagaimanapun, hasrat pelakon itu akhirnya menjadi kenyataan selepas ‘anaknya’ itu yang dikenali sebagai Alhariz Ismail telah menemui mereka di set penggambaran.

Menurut Syanie, ketika dia berkongsikan rakaman live itu, sepupu kepada Hariz telah menontonnya sebelum dikongsikan kepada ahli keluarga Hariz.

Tidak lama kemudian, ibunya segera menghubungi Syanie menerusi mesej di Instagram dan akhirnya berjaya berhubung dengan ‘anaknya’ itu.

Screenshot 2407

Tambahnya lagi, Hariz yang berumur 32 tahun dan sudah berumah tangga itu telah hadir ke lokasi penggambaran ketika pihak produksi sedang menjalankan babak ken.duri kahwin semalam.

Malam semalam dia ha.dir dan dapatlah kami semua bersua. Dah besar dah ‘Zali’. Kalau dapat jumpa lebih awal, memang kami terfikir untuk masukkan dia sekali dalam filem ini.

Jadi, dia terbabit sama ketika babak majlis perkahwinan. Namun, saya tak pasti sama ada produksi sempat masukkan dia atau tidak. Tapi, memang seronok dapat berjumpa kenalan-kenalan yang dah lama tak berjumpa.

Hariz turut luah rasa te.ruja, kini tidak aktif dalam bidang lakonan

Dalam pada itu, Hariz juga turut meluahkan rasa teruja akan pertemuan itu selepas hampir 21 tahun tidak bertemu dengan Syanie dan kumpulan Senario.

Walaupun sudah lebih 20 tahun, mereka masih seperti dulu. Saya pula yang rasa semakin membesar dan meningkat usia.

Selain itu, dia juga tidak men.yang.ka bahawa dirinya masih diingati oleh mereka terutamanya Syanie yang menjadi ibunya dalam filem Senario Lagi.

Screenshot 2409

Saya memang tak sang.ka mereka masih ingat dan men.cari saya. Bila nampak video kak Syanie mencari ‘Zali’, memang saya pun ter.ke.jut dan hubunginya menerusi Instagram sebelum berbual secara panggilan video.

Bercerita mengenai perkembangan terkini, hariz mengakui telah pun mendirikan rumah tangga serta tidak aktif lagi dalam industri seni.

Sebelum ini, dia pernah menjadi pelakon tambahan dalam beberapa drama dan kini hanya fokus dalam mengusahakan perniagaan menjual barangan kelengkapan permainan video secara dalam talian.

Kredit: Instagram Syanie I Harian Metro

Sumber: OhMedia

Previous articleDaiyan Trisha Tak Rai Hari Lahir, Beri Bantuan & Rewang Di Gurdwara Untuk M4ngsa B4njir
Next article“Arw4h Mesti Tersenyum & Men4ngis Kegembiraan Dari Atas Sana” Video ‘Uwais Menang Ibu’ Buat Netizen Seb4k
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here