Pernah menghiasi Fesyen Editorial Majalah Nona pada tahun 2016, langkah Tinie yang kini berusia 25 tahun semakin ligat dalam dunia seni.
Kecantikan gadis Ipoh, Perak itu juga begitu luar biasa, sehingga beliau selalu dimahkotakan sebagai juara pertandingan ratu cantik.
Namun satu perkara paling istimewa tentang Tinie adalah sifat merendah diri. Bayangkan meskipun jarang berutus khabar, namun hubungan kami kekal mesra sampai sekarang.
Lumrah anak bongsu walaupun ditatang bagai minyak yang penuh, namun ibu bapanya tetap mendidik dengan nilai ketimuran yang tinggi.
Sewaktu Tinie mewakili Malaysia di Mesir pada April lepas
Tinie sering menjadi peserta yang menyenangkan. Mesir, April 2021
Mengimbau semula kenangan zaman remaja dan kanak-kanak, Tinie tergelak kecil apabila diajukan soalan tentang gelaran dirinya sewaktu kecil.
“Masa kecil dulu, Tinie selalu dipanggil ‘Anak G4jah’. Mungkin pasal saiz rangka badan yang besar dan lebih tinggi berbanding rakan-rakan yang lain.
Bila masuk alam persekolahan, kawan-kawan sekolah panggil ‘Dora The Explorer’ pula sebab bentuk muka Tinie yang lebar dan berbentuk segi empat tepat.
Tinie (di tengah) bersaiz lebih besar daripada rakan sebaya
Keletah Tinie yang sudah pandai bergaya sejak kecil
Ada juga di antara mereka yang negatif bila dapat tahu tentang penglibatan Tinie dalam dunia ratu cantik dan modelling. Mereka merendah-rendahkan kebolehan Tinie. Katanya, mesti Tinie tak boleh pergi jauh dalam bidang ni.
Kata-kata negatif tu dikumpul dan dijadikan pembakar semangat. Tinie mahu buktikan bahawa benda tu salah sama sekali.” Amy Nur Tinie
BUKAN GADIS POPULAR
Seperti kisah filem terkenal, Tinie juga sebenarnya bukanlah sebahagian gadis-gadis popular di bangku sekolah.
“Zaman dulu tak ada istilah Instafamous atau social influencer. Jadi selalunya akan ada kumpulan dari gadis-gadis yang merasakan mereka mempunyai kelebihan, lebih bijak atau lebih cantik daripada orang lain.
Tinie pula seorang yang suka buat hal sendiri. Kebanyakan masa difokuskan untuk pelajaran dan menyertai pertandingan sebagai wakil sekolah. Tidak pernah terlintas untuk menjadi popular dan sebagainya. Tetapi memang dari kecil Tinie suka bercakap, bergaya dan berdiri di depan kamera.
Sejak dulu Tinie selesa membuat halnya sendiri
Gaya Tinie sewaktu masih di sekolah rendah
Perbezaan Tinie dulu dan selepas bergelar Ratu Cantik
Disebabkan ibu memiliki perniagaan spa kecantikan, salon dan juga butik pengantin, Tinie dah didedahkan dengan cara menjaga penampilan diri sejak kecil lagi. Selalunya pulang je dari sekolah, Tinie akan tolong ibu dan kakak di kedai. Kami pun sudah diajar cara-cara untuk buat rambut dan spa.
Tinie juga melibatkan diri dalam dunia modelling seawal empat tahun, jadi sudah terbiasa dengan mekap, tapi tidaklah jenis yang tebal. Kadang-kadang Tinie cvri-cvri pakai barang mekap ibu atau kakak.
Cuma apabila meningkat remaja, Tinie kurang memakai mekap sehinggalah kembali aktif dalam pertandingan ratu cantik pada usia 16 tahun.”
Seorang yang aktif, l4sak dan lincah
Kecantikan semula jadi Tinie memukau pandangan
Berdarah kacukan Melayu-Arab, gadis berketinggian 173cm ini rupanya mula melibatkan diri secara serius dalam pertandingan ratu cantik pada usia 15 tahun. Banyak gelaran yang telah disandang antaranya sebagai:
Juara Pencarian Gadis Metro Perak (Harian Metro 2011)
“Menjadi seorang ratu bukanlah semata-mata rupa paras dan bentuk tubuh yang menarik. Bagi Tinie, banyak kualiti lain yang mesti dititikberatkan.
Antaranya memiliki keyakinan diri, tidak mudah berputus asa, mempunyai keazaman dan kesabaran, bijak, berkarisma, sentiasa merendah diri dan mampu menjadi ikon yang positif untuk generasi sekarang.
Untuk para wanita yang sering merasa kurang keyakinan diri, nasihat Tinie jangan pernah jadikan apa yang orang lain fikir sebagai beban kepada kita. Yang penting adalah apa yang kita percaya tentang diri sendiri.
Percayalah setiap individu adalah unik dengan cara tersendiri. Jadi gunakan keunikan itu dan keluarlah dari zon selesa. Kejayaan tak akan datang bergolek jadi sentiasalah berusaha dengan keimanan bahawa Tuhan sentiasa bersama kita.
Hadapi segalanya dan banyakkan berdoa kepada-Nya,” Amy Nur Tinie
Aura Tinie luar biasa!
Kenangan manis di sisi Allahy4rham Datuk Mahadzir Lokman
Tinie pernah menjadi hos program wanita ‘Tumit Tinggi’ (RTM)
Tinie bersama Datuk Awie sebagai pelakon filem ’10 Tips Tipu Bini’ (Astro)
PETUA KECANTIKAN
“Tinie suka amalkan petua orang-orang lama, misalnya membasuh muka dengan air basuhan beras, daun sireh untuk hilangkan parut jerawat dan gunakan putih telur sebagai masker.
Itulah yang Tinie amalkan sekarang. Pada Tinie, petua ini bukan saja menjimatkan malah tiada bahan kimia yang merosakkan kulit,” akhirinya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page
Sumber:nona