Sempena hari ulang tahun kelahiran yang akan menjelma esok, pelakon Azhan Rani mengemukakan sedikit permintaan tulus daripada hatinya.
Menurut Azhan, sudah lama dia mengidam sambutan hari lahir sebegitu dan mengharapkan ia terjadi tahun ini.
Katanya, dia tidak mengharapkan gimik, kejutan, ucapan, hadiah dan sebagainya namun cukup hanya dengan mendoakannya dalam hati.
View this post on Instagram
“Permintaan tulus dari katil pes4kit ni sebelum aku tutup mata. Sebenarnya lama dah aku mengidam birthday yang macam ni, boleh tak kali ni bagi pada aku.
“Tak payah gimik, acah buat surprise, menyanyi bagai.. kalau tak boleh bagi setiap tahun, bagi kali ini pun jadilah.
“Kalau jadi..terima kasih, aku akan anggap ni hadiah birthday paling tenang pernah aku dapat,” kongsinya di Instagram.
Dalam entri, Azhan berkongsi foto dirinya di hosp1tal beserta ayat “cukup cuma doa dalam hati saja”.
Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut Azhan mendoakan kesembuhan segera untuknya.
Terdahulu, Gempak melaporkan pelakon Beto Kusyairy mengesahkan rakan baiknya itu mengalami kemal4ngan motos1kal pada Isnin.
Beto juga memaklumkan keadaan Azhan yang telah stabil namun masih dalam jagaan pakar.
Dua hari selepas itu, Azhan mula muncul di media sosial berkongsi perkembangan mengenai dirinya termasuk menjalani pemb3dahan tul4ng sk4pula Khamis lalu.
Sumber: Gempak