Home Hiburan “Percayalah kalau dia milikku, dia akan kembali” -Nedim Nazri

“Percayalah kalau dia milikku, dia akan kembali” -Nedim Nazri

168
0

Percaya lah kalau dia milik ku , dia akan kembali milik ku”

Nukilan yang ditulis bekas suami kepada pelakon Nora Danish, Nedim Nazri di Instagramnya pastinya menyentuh hati ramai memandangkan ia dikongsi beberapa jam selepas sah bercerai dengan bekas isteri.

Menerusi posting tersebut, Nedim atau nama sebenarnya, Mohamed Nedim Mohamed Nazri mengatakan tiada yang berubah dalam kehidupannya kecuali seseorang yang bukan lagi miliknya.

“Tiada yang berubah cuma dia bukan milik ku di dalam Islam.

“Percaya lah kalau dia milik ku , dia akan kembali milik ku,” tulisnya.

Dalam posting tersebut, Nedim telah mendapat pelbagai komen daripada warganet dan juga kenalannya yang memberikan kata-kata semangat kepadanya.

Mereka juga mendoakan agar urusan Nedim dipermudah dan percaya bahawa susunan Allah S.W.T dalam kehidupan seseorang cukup hebat.

Previous article‘Ibu Minta Maaf Ya Nak’ – Wanita Dihantui Rasa Bersalah, Gugur Anak Luar Nikah
Next articleJemaah Haji Wanita Dikritik Sempat Berniaga Rojak Ketika di Tanah Suci

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here