Kemalangan melibatkan pemandu mabuk banyak terjadi di negara kita. Baru sahaja beberapa hari lepas di mana terdapat kemalangan melibatkan seorang Dato’ yang sedang mabuk cuba melarikan diri setelah melanggar divider di sebuah pasaraya yang dikenali sebagai IOI City Mall, Putrajaya dan mencuba melarikan diri hingga hilang kawalan sekaligus melanggar lagi tiga buah kereta.
Baru sahaja tular di laman media dimana berlakunya kemalangan melibatkan kereta di mana kereta tersebut sedang menghala ke Mersing. Kereta yang dipandu lelaki berumur 34 tahun dikatakan sedang mabuk dan telah melanggar sebuah kereta hingga tertolak jauh. Dua kanak-kanak usia 17 bulan dan 6 tahun cedera parah manakala ibu bapa cedera selepas kereta dinaiki dirempuh sebuah pacuan 4 roda dipandu seorang lelaki mabuk di KM57 Jalan Batu Pahat – Mersing petang semalam.
Nur Hana Humaira, parah di kepala, mengalami pendarahan otak selain cedera di tulang pinggul manakala kakaknya, Nur Aisyah Humaira, 6, turut parah di kepala, mengalami pendarahan di otak dan bengkak tulang rahang.
Pemandu Navara sudah ditangkap.
Lihat video di bawah :
https://twitter.com/redzuanNewsMPB/status/1619529567391322114?s=20&t=-SA1VW6cs9v8lGfMfm82yA
Baca juga : “Dato Mabuk” -‘Ter’Langgar 3 Buah Kereta, Cubaan Lari Selepas Langgar Divider
Baca juga : “Lembut je polis handle si mabuk tu…” – Layanan polis terhadap Dato’ mabuk dibandingkan
PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Twitter