Home Viral Pemuda dedah seorang wanita alami delusional sering mengganggu, mengikut dan ‘stalk’ sejak 2021

Pemuda dedah seorang wanita alami delusional sering mengganggu, mengikut dan ‘stalk’ sejak 2021

236
0

Perigi mencari timba. Itulah perumpamaan yang sesuai dengan kisah seorang pemuda yang bernama Fakhri Fadzli baru-baru ini. Beliau telah membuat pendedahan mengenai seorang wanita yang telah mengganggunya sejak tahun 2011.

Menerusi laman twitternya iaitu fakhrifadzli menunjukkan beliau telah membuat pendedahan dan memberi amaran kepada seorang wanita yang bernama Aina Amimi untuk berhenti mengganggu, mengikut dan ‘stalk’ dirinya. Beliau juga telah mengatakan bahawa wanita tersebut telah berbuat demikian sejak tahun 2011. Fakhri telah mengatakan wanita tersebut juga telah datang ke pejabat beliau dan pos hadiah kepadanya. Fakhri turut mengatakan bahawa wanita tersebut telah mengalami “delusional“.

Fakhri turut menceritakan dengan lebih terperinci mengenai perkara yang dilalui olehnya disebabkan oleh wanita tersebut.

Saya taknak malukan awak tapi ini sudah sangat melampau. Berhenti ganggu hidup saya. Awak dah ganggu, stalk, ikut saya sejak tahun 2021. Sekarang sudah 2023. Dah 2 tahun,” Katanya.

Rata-rata netizen mengatakan bahawa ini sangat memberikan trauma kepada pemuda tersebut dan menakutkan hidup beliau. Ramai juga yang menyuruh agar wanita tersebut mencari lelaki yang lain yang dapat menerimanya. Ada juga yang mendoakan agar saudara Fakhri terpelihara.

Tweet tersebut mendapat sambutan hangat dan mempunyai sebanyak 6.7M tontonan, 21.4K retweet dan 26.3K sukaan. Jangan lupa komen yang baik-baik.

Lihat tweet di bawah:

Sumber: Twitter

Previous article“140 Peserta Sertai KL Tower International Jump”-Seram Buat Ramai Getar Kaki, Hobi Diorang Mahal
Next articleLanggar Lari, Netizen Risau Lihat Reaksi Wanita Ini Menahan Sakit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here