Mohammad Amirul Aiman Norazman atau dikenali sebagai Mierul Aiman merupakan seorang pelakon dan model lelaki Malaysia. Beliau dilahirkan apda 14 Julai tahun 1998, berasal dari Felda Jengka 8 dan menetap di Putrajaya. Ibu beliau berasal dari Mentakab, Temerloh Pahang. Awal bersekolah di Sekolah Menengah Sains Selangor dan menyambung pelajarannya di Universiti Selangor (UNISEL). Beliau juga memegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dan mula aktif dalam bidang peragaan dari tahun 2016 hingga kini.
Memulakan kerjayanya apabila beliau menjadi watak utama sebagai Nor Fakhri Bin Fardaus Ismet di dalam siri Atro Originals Projek: High Council pada tahun 2023. Beliau juga merupakan salah seorang peserta Hero Remaja pada tahun 2021 dan bergelar sebagai juara pada tahun itu.
Nama beliau kini menjadi perhatian dikalangan peminat wanita selepas penampilannya dalam sebuah drama bersiri baru-baru ini memberi impak yang besar sekali gus melonjakkan karier seninya.
Baca lagi: “Artis Korea Pun Tak Macam Ni”-Pelakon High Council Diserbu Para Peminat
Baca lagi: Baru Je Kena Saman Dengan A Aida, Ini Tindakan Amelia Henderson Buat Ramai Terkedu
Baru-baru ini juga Mierul Aiman telah ditular gara-gara postingnya yang memperlihatkan tubuhnya yang tegap sehingga mencuri perhatian warganet. Menurut beliau, gambar berkenaan dimuat naik sebagai perkongsian kepada peminat untuk memaklumkan beliau telah membintangi sebuah drama terbaharu tidak lama lagi.
Namun komen-komen dari netizen pula mendapat pelbagai reaksi apabila ramai kaum hawa yang seakan ‘cair’ apabila melihat tubuh badan selebriti berkenaan. Ada juga yang meninggalkan komen ‘kotor’ pada ruangan balas tersebut.
PERHATIAN: Pihak Rose Biru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: OhBulan