Home Hiburan Peminat Berbalah Label Aina Abdul Penyanyi Nombor Satu, Sekali Aina Tampil Beri...

Peminat Berbalah Label Aina Abdul Penyanyi Nombor Satu, Sekali Aina Tampil Beri Penjelasan

420
0

Tular di laman sosial apabila perbalahan di antara peminat Datuk Seri Siti Nurhaliza dengan peminat Aina Abdul. Hal ini berikutan terdapat dakwaan yang menyatakan Aina kini layak digelar penyanyi nombor satu negara berbanding Siti yang didakwa sudah tidak relavan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Susulan perkara tersebut Aina tampil memberikan penjelasan. Menurut Aina, dia tidak pernah membandingkan bakat yang ada dengan mana-mana penyanyi malah dia hanya berpegang kepada niat asal iaitu untuk menjadi anak seni yang berjaya.

axia

“Sejak awal menyertai industri muzik, saya tak pernah letak diri bertanding dengan sesiapa pun. Setiap kali buat sesuatu saya akan fikirkan adakah bagus atau tidak, musuh saya dalam industri ini adalah diri saya sendiri..”

Dalam pada itu, Aina menjelaskan bahawa dia sama sekali tidak bersetuju dengan dakwaan yang sengaja ditimbulkan. Dia juga bersetuju dan mengakui Siti Nurhaliza adalah individu yang sememangnya layak berada di kedudukan tersebut dengan semua pencapaian dan anugerah yang telah dimilikinya.

“Sujurnya, saya segan dan malu apabila isu ini heboh diperkatakan. Saya faham kenapa orang marah dan tidak setuju dengan kenyataan itu. Sebagai tuan badan, saya pun tidak setuju apabila dibandingkan dengan figura hebat..”

“Saya harap kejadian seumpama ini takkan terjadi dan akan berakhir. Saya ada baca komen netizen yang inginkan saya berada di kedudukan nombor satu, namun saya tak pernah terlintas nak letakkan diri dalam mana-mana nombor dan posisi..”

Sementara itu, penyanyi berusia 30 tahun ini menyifatkan dirinya masih lagi ‘mentah’ di dalam industri jika hendak dibandingkan dengan Siti Nurhaliza yang dilihat sebagai seorang bintang paling unggul.

“Beliau juga adalah salah seorang idola saya. Jadi, saya berterima kasih kepada Siti dan penyanyi lain yang jadi inspirasi saya. Orang baharu seperti saya perjalanan tentunya masih jauh ketinggalan dan saya terlalu kerdil..”

Previous article“Kalau Dia Nak Meratap Ke Meratip Ke Biarkan! Biar Dia Cari Duit Betul-Betul…” – Shila Amzah
Next articleBapak Borek Anak Rintik, Anak Mahu Ikut Hafiz Suip Buat Rambut Hijau – “Saya Terus Botakkan Kepala, Istighfar Saya Masa Tu..”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here