Home Viral “Pelawak ni dia bayar Bil Api, Air surau kampungnya…” – Ustaz Kazim...

“Pelawak ni dia bayar Bil Api, Air surau kampungnya…” – Ustaz Kazim Elias dedah nama pelawak mengejutkan ramai

314
0

Bukan semua selebriti gemar menunjukkan kemewahan di media sosial kerana ia lebih bersifat privasi. Kebanyakan mereka lebih selesa memuat naik perkara berkaitan kerjaya dan hasil karya mereka untuk dikongsikan kepada peminat.

Ustaz Kazim dedah pelawak suka sedekah

Namun begitu, menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai firdauszuki, dia telah memuat naik semula potongan ceramah dari pendakwah bebas iaitu Ustaz Kazim Elias yang mencerita kebaikan seorang selebriti yang suka bersedekah.

Memetik dari cerita yang disampaikan, Ustaz Kazim memaklumkan yang jiran kepada pelawak berasal dari Johor itu memaklumkan bahawa bil-bil elektrik di masjid dan surau-surau sekitar kampungnya telah dibayarkan oleh pelawak itu.

“Pelawak ni, bil elektrik di masjid, di surau kampungnya dia yang bayar.

“Mak bapak dia pulak, anak tak bagi berniaga dah, tapi sebab ada pekerja, ada yang ibu tunggal, ada yang orang susah. Kalau tutup kedai macam mana dengan nasib pekerja-pekerjanya.

“Orang tak ada duit pergi kedai, dia bagi makan percuma,

“Sejak dulu sampai sekarang dia tak miskin, kedai dia tak tutup, anak dia makin murah rezeki sebab bersedekah,

“Sebagaimana sabda Nabi, tidak akan berkurang harta dengan sebab kita bersedekah,” ujarnya.

Tengok cari kehidupan pun dah tau humble

Menjengah ke ruangan komen, ramai telah memetik beberapa nama pelawak yang berasal dari Johor. Ada di antara mereka merasakan yang pelawak serta selebriti yang dimaksudkan adalah Jep Sepahtu memandangkan ibunya mempunyai kedai makan di kampung halaman.

Lihat klip video di bawah:

@firdaus62056 Allah sayang kepada orang yg suka bersedekah. Semoga perkongsiaan ini memberi seribu manfaat kepada siapa yg mendengarnya. #fypage #fypシ゚viral🖤tiktok☆♡🦋myvideo #dakwah_islam #dakwah #dakwahtiktok #5millionviews #fypシ゚viral ♬ 孤独的牧羊人排箫演奏 – 骆礼钧

Lihat apa kata orang ramai:

@🌹sha_shahidah_ieda🌹: jep ni,then ada org kg sari yanti bgthu jgk,jep ni suka bersedekah,mak jep pun ada kedai makan kt trminal kulai

@jejari_kentang: Masa Ebby Yus sakit Jep yang bayarkan bil hospital..sebab ebby yus dah habis harta berubat

@Mr Amir: pernah x ada mana2 ustaz bagitau, org yg ada RM 11 tp sedekah RM 10 lebih besar pahala drpd org yg sedekah RM 10 000 tp dlm simpanan ada RM 2 juta?

@umi kalsom ahmad: Jep nie mmg suka sdkh sbb Penh dgr dia bantu shbt dia dlm kesusahan sdh dgr shb dia cerita dlm prgm tv.

@go.danke: mmg jep… dia kalau amik job sentiasa syarat kan amik kawan² dia yg susah.. ns bujang tiapnmggu balik jpe ayah dia.. angah, rahim, pakya,dia tlg

Sumber: Tiktok

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Sebijik Suara Dia Macam Arwah Saleem. Terubat Rindu..” – Nyanyian Azmani Iklim Buat Ramai Jatuh Cinta
Next articleDidakwa di Mahkamah, Wanita warga emas yang disyaki menyimbah asid ke arah 3 sekeluarga ketika memasuki lif

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here