TIDAK mempunyai masalah untuk bangun awal pagi, pelakon Ozlynn Wati atau nama sebenar Rozlinawaty Ismail, 41, bersyukur anak-anaknya mudah untuk dikejutkan bagi menunaikan solat Subuh.
Menerusi perkongsian Ozlynn di Instagram, dia turut mendedahkan gelagat anak-anaknya setelah selesai solat Subuh dimana anak perempuan lebih mudah untuk dikejutkan berbanding anak lelaki.
View this post on Instagram
“Kej.ut pun senang tak ‘cranky’. Moleiq selalunya kalau cukup tidur memang tak ada masalah untuk ke.jut bangun.
“Selalu macam ini lepas Subuh, bagi salam je kadang tak sempat nak doa dia dok berle.pek. Kalau m.ood dia okay, dia yang minta nak bacakan doa.
“Macam anak perempuan ini nak keju.tkan lebih senang dari anak lelaki. Anak perempuan bagi sala, panggil nama terus buka mata.
“Anak lelaki kadang kena tonyoh muka itu baru nak bangun, Subuh tadi abang Haziq dengan Sodiq je mengaji.
View this post on Instagram
“Chantiq, Moleiq kita belanja Asar nanti jadi bagi mereka rehat dulu sebab bangun tak menangis dan solat pun bagus tertib tak ada he.mpas-hemp.as badan depan mama,” katanya.
Tambah isteri kepada pelakon dan pelawak terkenal, Johan Raja Lawak, tidur awal dan makan secukupnya adalah tips yang sering dipraktikan kepada anak-anaknya untuk mudah bangun pagi.
“Tips nak ke.jut anak bangun Subuh senang sangat, pastikan mereka cukup makan dan tidur (tidur awal).
“Tips tidur awal ini bukan anak je senang nak bangun, mak bapa pun boleh bangun awal. Anak lelaki kami selalu pesan sebelum tidur doa dekat Allah minta terjaga bila dengar azan, insya-Allah cuba lah,” ujarnya.
Untuk info, Ozlynn dan Johan telah mendirikan rumah tangga pada 25 Julai 2009.
Hasil perkahwinan itu, mereka telah dikurniakan enam cahaya mata, Ahmad Ariq Hanania, Ahmad Sodiq Hanania, Ahmad Haziq Hanania, Nur Latifah Chantiq Hanania, Nur Latifah Moleiq Hanania dan Nur Latifah Cherdiq Hanania.
Sumber: utusantv