Home Viral “Pas Dulu Bersatu Pun Pernah Kalah…” – Ab Rauf

“Pas Dulu Bersatu Pun Pernah Kalah…” – Ab Rauf

277
0

MELAKA – Kekalahan Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu lalu juga pernah dilalui Pas dan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), namun mereka kembali bangkit selepas era kejatuhan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, justeru kekalahan BN selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan PRN lalu adalah permulaan untuk mereka bangkit pada PRU16.

“UMNO akan tetap terus berdiri dan Insya-Allah kita akan bangkit semula membina kekuatan pada PRU akan datang selepas kita menilai di mana kelemahan dan kekurangan kita.”

“Semua parti dulu pun pernah kalah seperti UMNO. Pas, Bersatu mereka juga pernah kalah tapi mereka bangkit dan kita juga mesti bangkit selepas ini ke arah lebih baik,” katanya.

Ab Rauf yang juga Ketua Menteri Melaka berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penyerahan Pelekat Kenderaan Promosi Tahun Melawat Melaka 2024 di Kompleks Seri Negeri, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka itu berkata, beliau melihat pandangan beberapa pemimpin parti yang mengatakan UMNO akan berkubur termasuk akibat bekerjasama dengan DAP adalah sekadar suara peribadi.

“Saya seru kepada semua pendokong-pendokong parti supaya jangan keliru dengan kenyataan kononnya DAP ini akan menghancurkan orang Melayu (kerana) saya tak nampak ia berlaku di Melaka.”

“Melaka adalah sebuah Kerajaan Perpaduan yang harus dicontohi dan dikaji kebaikan dan persefahaman antara dua kelompok parti (DAP dan UMNO) yang berbeza pendapat sebelum ini.”

“Saya tak tahu di tempat lain tapi di Melaka, mereka (DAP) begitu bersungguh-sungguh memupuk kebersamaan ke arah membina sebuah negeri dan pentadbiran yang baik,” katanya.

Pada PRN 12 Ogos lalu, BN hanya memenangi 19 daripada 108 kerusi yang ditandingi iaitu Selangor (2), Negeri Sembilan (14), Kelantan (satu) selain dua kerusi di Pulau Pinang.

Di Terengganu, BN gagal memenangi semua kerusi ditandingi malah, lebih mengejutkan apabila kerusi kubu kuat BN yang disandang dua bekas Menteri Besar iaitu di DUN Kijal dan Seberang Takir turut tewas.

Ia termasuk beberapa kubu kuat BN di Hulu Besut, Jertih, Kuala Besut, Telemung, Batu Rakit, Bukit Besi, Air Putih dan Langkap turut tumbang di tangan Perikatan Nasional (PN).

Pada PRU15, UMNO di bawah pimpinan Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga kalah teruk apabila hanya menang 26 kerusi Parlimen.

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

[redirect url=’https://youtu.be/txDckYCyzm4′ sec=’3′]

Previous articleTak Bayar Hutang RM100,000, sekali Wajah Pemain Bola Sepak Tempatan Terbongkar Mengejutkan Ramai
Next articleMenyayat Hati, Anak 8 Tahun Datang Untuk Pengecaman Mayat Bapa – Nahas Pesawat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here