Home Hiburan “Pakai Tudung Tp Munafik..”- Sembur Bekas Isteri Pandai Tutup Belang, Menggatal Dgn...

“Pakai Tudung Tp Munafik..”- Sembur Bekas Isteri Pandai Tutup Belang, Menggatal Dgn Jantan Lain

344
0

Menerusi satu perkongsian drama bersiri ‘Nusyuz Berkiblat Cinta’ yang menjadi topik bualan hangat baru baru ini kini melabuh tirai dengan episod yang membuatkan ramai beremosi dengan tindakan Hawa yang dilakonkan oleh Emma maembong. Lakonan Emma yang bertaraf ‘international’ itu membuatkan drama bersiri tersebut menjadi viral hingga ke penghujung. Tindakan Hawa pada kali ini membuatkan para peminat drama mengubah persepsi perwatakan Hawa setelah beliau diceraikan oleh suaminya di mahkamah. Lakonan Fikry Ibrahim turut memberi impak yang luar biasa dalam drama tersebut apabila beliau akhirnya melepaskan amarah beliau setelah terlafaznya cerai.

Melalui klip tersebut, Hawa dan Adam bertembung di sebuah tempat dan dari situ, bermula satu pertelingkahan yang mengakibatkan mereka beremosi dan cuba menyalahkan satu sama lain. Perangai Hawa yang dulunya dikatakan seperti seorang isteri yang nusyuz kerana sering menengking dan bertelagah dengan bekas suami ketika berkahwin dulu. Perwatakan Hawa juga membuatkan Adam berasa takut sehingga tidak tahan lagi dan terlafaznya cerai,namun setiap tindakan Hawa mempunyai sebab yang kukuh kerana beliau sudah trauma dengan satu peristiwa yang pernah memakan diri beliau suatu ketika dahulu dan beliau juga tidak mahu direndahkan oleh keluarga bekas mentua beliau kerana sikapnya yang tidak begitu alim dan sempurna.

Rakaman penuh boleh ditonton di :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DaebaKing (@daebakingz)

Akibat perbuatan Hawa ketika berkahwin, persepsi Adam terus berubah pada Hawa dan terus menyembur Hawa dengan mengatakan bahawa Hawa memakai tudung semata mata ingin menutup segala keburukan yang beliau telah lakukan suatu ketika dahulu dan pernah menjadi isteri derhakan dan nusyuz. Beliau juga mempersoalkan bekas isteri beliau punca pemakaian bekas isteri berubah untuk apa jika masih menggatal dengan lelaki di luar sana dan tidak berasa malu atau segan setelah diceraikan. Hawa yang kelihatan begitu emosi setelah dikatakan sebegitu terus membalas dengan menyatakan bahawa bekas suami beliau hanya datang untuk mencari kekhilafan beliau dan tidak memandang semua ini diluar kotak dan ini membuatkan drama tersebut menjadi kontroversi sehinggakan semua peminat drama menunggu episod ini melabuhkan tirai pada minggu ini..

Jangan lupa komen yang baik baik

Sumber dari Tiktok dan Instagram

Previous article“Saya Tak Pilih Kasih..”- Hadiah Anak Kereta Mewah, AC Mizal Dihentam Lupa Anak Dgn Bini Pertama
Next article“Bini Mana Tak Berasap..”- Uqasha Bengang Dah Bersiap Cantik Nak Dating , Kamal Tukar ‘Plan’ Pergi Futsal
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here