Home Isu Semasa “Org Uk ni mεmɑng..” Tulɑr (Video̞) Minɑh Sɑlih’ Dεgil Tak Nk Pkai...

“Org Uk ni mεmɑng..” Tulɑr (Video̞) Minɑh Sɑlih’ Dεgil Tak Nk Pkai Mask. Skali Ini Rεspo̞nd Pɑdu Mat Dan

536
0

Pengacara dan selebriti media sosial, Mat Dan tampil memberi respon kepada isu seorang wanita kulit putih yang videonya tu.lar kerana ber.de.gil tidak mahu memakai mask sewaktu ingin memasuki butik berjenama di sebuah pusat membeli belah di ibu kota.

Mat Dan yang berasal dari England dan sudah lama menetap di Malaysia itu tidak bersetuju dengan tin.da.kan warga as.ing yang di.dak.wa berasal dari United Kingdom (UK) berkenaan.

Menurut pengacara Mat Dan Kaki Jalan itu sepatutnya, ‘minah salih’ itu patuh atau mengikut peraturan dalam negara yang dikunjungi dan bukan hanya mengikut pendiriannya sendiri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mat Dan (@mat_dan1)

“Saya terpanggil untuk mengulas isu seorang warga asing yang tengok dari loghatnya seperti berasal dari UK gara-gara tak mahu memakai mask di negara ini.

“Sebenarnya orang UK ni ada isu dengan orang Islam kerana di negara mereka Islam diasingkan oleh masyarakat mereka.

“Tapi bila mereka datang ke negara ini, mereka kenalah ikut peraturan di negara ini.

“Isu ini nampak kecil tapi bila dia buat begini ia menunjukkan contoh orang yang tiada integrasi dalam masyarakat mereka,” katanya.

Mat Dan atau nama sebenarnya Daniel James Tyler berkongsi pendapatnya menerusi sebuah video yang dimuat naik ke Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mat Dan (@mat_dan1)

Semalam, tular video berkenaan di Twitter apabila wanita berbangsa asing itu juga dikatakan menuduh mereka yang memakai mask ini merupakan komunis dan meminta keistimewaan sebagai individu berkulit putih kepada pekerja butik terkenal itu.

Walau bagaimanapun, pengguna Twitter tersebut memuji tin.dakan pantas serta te.gas pekerja butik tersebut yang meng.halang kema.sukan wanita terbabit kerana dilihat melang.gar SOP ditetapkan oleh KKM.

Dalam entri yang sama dia turut menulis dalam kapsyen jika tidak mahu memakai mask tidak perlu keluar rumah.

“Tak nak pakai facemask? Tak apa tak nak pakai pun. Duduk je sorang-sorang dalam rumah,” tegasnya.

Kemas kini tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata bersetuju dengan pendapat Mat Dan.

“Betul…. di mana kita berada kena ada hormat… Kita kat negara orang kena hormat negara orang,” komen salah seorang pengikutnya.

“Dah datang negara orang, ikutlah peraturan dan undang-undang negara tersebut,” kata salah seorang warga maya.

Mat Dan sudah memeluk Islam pada 2013 dan nama Islamnya Karief Daniel Abdullah.

Mat Dan berkahwin dengan wanita Terengganu, Nadifa Adnan pada 12 Mac 2017 dan mempunyai dua cahaya mata, Muhammad Zayne Tyler, 3 tahun dan Muhammad Eydan Tyler, 1.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Sumber: Gempak

Previous article“Mεnɑngis tak hεnti..” Isteri Mamat Khalid Dedɑh Kεadaan Trkini Puteri Bongsu Di UK Lpas Kεtiadɑan Suaminya.
Next article“Saya trpaksa buat..” Zizi Kirana Did4kwa Lɑnggr ko̞ntrɑk!- ‘Sy hormat imej bertudung’
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here